salam JUmaat barakah! giver or taker satu slot dlm SPIES Advance yg lps. 1 halqah dibuat.. internal n external circle.. one by one walk and said.. giver or taker. so, akhirnye ss jadi juara as TAKER..hehehe..

maka, tpilih kalngan pserta tu..utk kedepan ngomel bla.bla. masing-masing punya interptasi dan boleh identifikasikan mksud yg berbeda. bila kita sbagai giver..kita kurang mgmbil peluang yg ada..yumkin (“_) walakin, bila kita sebagai TAKER pula, kita sentiasa mencari n mencari peluang yg ada utk mnmbh value added utk diri etc.

apepun, the choice is in our hand. pilihlah yg mana 1 idaman kaLbu =D

ss nk kongsi entri ni..jom, kita baca smbil tadabbur `(>_<)`

Sungguh janggal dan pelik bila melihat ada golongan yang didatangi oleh individu yang memerlukan bantuan namun dia tidak membantunya sedangkan dia boleh menolong orang tersebut. Apakah dia sendiri tidak pernah memerlukan bantuan orang lain dalam hidupnya?.

Sikap enggan menolong orang lain tidak lain tidak bukan melainkan kerana mementingkan diri sendiri, sombong, angkuh dan jahil dengan agama.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Hadis ini menerangkan beberapa kewajipan terhadap orang lain iaitu :

1- Sesiapa yang menyelesaikan masalah orang lain akan dibalas oleh Allah dengan diselesaikan masalahnya di akhirat.

2- Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.

3- Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat.

4- sesiapa yang menolong saudaranya akan mendapat pertolongan Allah setiap masa.

Apa lagi alasan untuk kita tidak melaksanakan kewajipan di atas? Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah yang daif amat-amat memerlukan urusan kita dibereskan di kehidupan akhirat kelak. Begitu juga agar keaiban diri kita ditutup oleh Allah. Tiada siapa yang dapat membantu dan menyelesaikan semua urusan kita di akhirat melainkan Allah SWT.

Untuk mendapat jaminan tersebut kita hendaklah berbakti kepada saudara kita yang memerlukan. Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Bantulah sekadar kemampuan yang ada.

Jangan kecewakan mereka, jangan pentingkan diri sendiri, jangan bersikap sombong dan angkuh. Anda akan rugi di dunia di akhirat. Mungkin hari ini mereka memerlukan bantuan, entah satu masa nanti kita pula akan memerlukan bantuan tersebut.

Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.

Wallahualam… 

http://www.hasril.com

——————- ============= ——————————-

Hari ini manusia hilang kebahgiaan kerana sikap suka memberi sudah semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam kehidupan. Kita sering terlupa hikamah yang diungkapkan menerusi kata-kata ini..
“we make a live by what we get, but we make a life by what we give – kita membina hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.”
Ramai orang kata, makanan yang paling sedap ialah makanan yang dimasak oleh ibu sendiri. Kenapa? Sebab ibu memasak dengan penuh kasih sayang. Semua dibuat semata-mata kerana ingin memberi kepuasan kepada anak-anaknya. Jarang sekali seorang ibu rasa terpaksa apabila memasak untuk anak-anaknya. Sebab itulah masakan ibu enak, walau mungkin resepi atau bahan yang digunakan tidak setanding dengan chef di hotel atau restoran terkenal.
Jadi, memberi hanya akan menjadikan kita gembira dengan satu syarat, iaitu memberi mestilah dengan adanya kasih sayang. Tanpa kasih sayang, memberi bukan sahaja tidak dengan rasa gembira, bahkan terasa lebih terbeban. Maka, apbila kita sudah tidak gembira ketika memberi, itu petanda kita sudah kehilangan kasih sayang!
Oleh itu, sebagai manusia, kita mesti berpegang kepada prinsip ‘ingin memberi’ bukan ‘ingin mendapatkan’. Di dalam buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karya A’id al-Qarni, beliau ada menyatakan bahawa, “Orang pertama yang mendapat manfaat daripada suatu kebaikan ialah orang yang melakukannya”.
Sebab itu beliau menganjurkan, jika kita sedang bersedih atau bermuram durja, carilah seseorang dan gembirakannya. Nescaya, kita akan mendapat kegembiraan semula.
Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lainadalah seperti memaafkan diri sendiri.
Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain akan lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marah.
Allah mengingatkan kita dalam firmannya:
“dan tidaklah sama (kesannya dan hukumannya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat, jadi tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih, apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta mereka akan menjadi seolah-olah sahab karib.” Surah Fussilat (41:34)
Kesimpulannya, tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata , atau dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.
What you give, you get back – apa yang kita beri akan kita terima semula.
Inilah hukum alam sunnatullah –  what goes around, comes around.
Sumber: Solusi 14

http://akuinsanlemah91.blogspot.com

finish read all the story? yeah..good [like] next action ….

be YOURSELF!!