Bergelar seorang Guru, penyarah, pendidik, Ustaz, Ustazah, bukanlah satu matlamat dalam hidup. Namun pada saya ianya adalah strategi daripada beribu-beribu strategi yang boleh dibuat untuk memenuhi hasrat sunnahtullah dalam menjadikan makhluk bernama Manusia ini.

Mendidik bukan satu perkara yang mudah. Ada 1001 macam cabaran yang setiasa dihadapi sepanjang proses tarbiah itu berlaku.

Mendidik tidak cukup hanya sehari dua. Tetapi selamanya. Justeru, keikhlasan, kejujuran & kesabaran sangat diperlukan. Kerana inilah tugas terpenting nabi sehingga Islam berada ditempat yang tertinggi satu ketika dahulu.

Didikan Nabi Muhammad SAW bersifat idealistik dan juga realistik. Baginda membangunkan semua aspek terpenting dalam diri manusia , merangkumi :

               1-Keimanan

2-Kepribadian

3-Jasmani, Jasadi

4-Pemikiran/fikrah

5-Kejiwaan

6-Kemasyarakatan ( agen Of Change).

Sentuhan didikan Nabi lengkap bermula daripada sebelum pembentukan janin sehinggalah meninggal dunia.

Baginda mahu , manusia ini menjadi acuan Allah yang tidak ada lagi acuan yang baik selain acuan ini. Keluar daripada kilang tarbiah Nabi Muhammad SAW , berpandukan kepada Al-Quran yang mulia.

Moto yang sentiasa digunakan oleh Baginda dalam mendidik adalah :

“Tarbiah untuk semua”

Tiada lagi sembunyi-sembunyi.Manakala silibus yang tidak pernah berubah mengikut tahap umur, iaitulah penekanan tentang “akidah yang benar”.

Method yang nabi gunakan bersifat semasa, segar, bukan rekaan. Bahkan Nabi sendiri mendapat tarbiah asiliah (REAL) daripada Allah SWt begitu juga dengan para sahabat.

Sasaran Nabi dalam mendidik menumpukan kepada jiwa-jiwa yang bersih dan berserah diri kepada Allah. Mereka bersedia dan rela untuk didik.

Nabi Mahu mengubah paradigma zaman kebudak-budakan kepada zaman kematangan dan kesempurnaan hidup.

Hasrat Baginda dalam mendidik , iaitu mahu memastikan Jiwa , akal, dan Jasad manusia ini tunduk dan patuh kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Baginda mahu melihat lahirnya 1 generasi yang bersih hati , pemikiran, pandangan hidup, dan bersih perasaan serta murni jalan hidupnya daripada sebarang unsur yang tidak menepati Syara’. Mereka ini, Allah redho terhadap mereka, dan mereka redho kepada Allah. Sehingga akhirnya , generasi ini akan menjadi kelompok yang menjadikan diri satu bahagian daripada agen yang menyelesaikan permasalahan semasa Umat. (intima Masiri).

Inilah generasi yang telah didik oleh nabi melalui tapisan-tapisan (tamhis) ujian hidup yang berat untuk meningkatkan iman dan komitmen mereka dalam perjuangan Islam.

Berkat kesabaran, kejujuran, dan keihklasan Baginda, maka lahirlah individu hebat , yang keluar daripada produk tarbiah baginda menjadi acuan Allah yang hebat.

Dalam Surah At-taubah : 138

 (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

Maka muncullah individu bernama Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Mus’ab bin Umair, Khabbab Al arat, Bila bin Rabah, Khalid Ibn Walid dan ramai lagi. Mereka-mereka ini sentiasa gembira dan sabar dalam menanggung segala penyiksaan, dan kerugian dalam merpertahankan akidah.

Merekalah umat yang terbaik :

 Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Ali Imran 110)

Mereka jugalah umat yang mulia :

Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (At- Taubah 100)

Apa yang saya ingin maksudkan disini. Kita perlu kembali merenung sedalam-dalamnya. Peranan dan tanggungjawab kita.

Kita adalah hamba Allah, Kalifah Allah, pengganti para Rasul & Nabi serta ulama. Bila mana kita mengantikan mereka, sudah tentu kita perlu melaksanakan matlamat asal yang telah di tetapkan sejak azali lagi.

Biar siapa pun kita, Guru, Jurutera, Doktor, Kerani, Peguam, Politikus, Pensyarah, Peniaga kedai, Pemimpin NGO , pemimpin masyarakat, Pegawai Bank, Artis, dan sebagainya , kita perlu sedar itu semua hanya strategi untuk mencapai matlamat yang asal.

Pada saya , kerjaya adalah strategi,  Akhirat adalah matlamat iaitulah Syurga yang kekal abaddi. Misi kita ada 5

               1-Alam Roh

2-Alam Janin/Rahim

3-Alam Dunia

4-Alam Barzakh

5-Alam Akhirat 

Matlamat akhirnya Untuk menuju Syurga yang kekal abadi bersama dengan kerdhoaan Allah SWT.  Dalam melengkapi misi tersebut memerlukan strategi-strategi yang ampuh.

Oleh itu, “set”kan straegi yang betul dan tepat. Perbetul niat dan matlamat, laksanakan dengan baik , kemudian bertawakallah kepada Allah SWT.

Teguran untuk kita bersama -Sekadar berkongsi-End

diambil dari :

http://shafiehashim.wordpress.com