Buatmu Wanita [BmW I] 3 Julai 2011 @ parkir Careffour Bandar Tun Hussin Onn, Cheras. Alhamdulillah, dirafakkan pada PENCIPTA atas izin dan kekuatan dipinjamkan buat kami, geng Nisa’ Serdang telah berjaya melangsungkan Talk Show : Wanita tanpa GINCU??

Seawal  jam7.30pagi, AJK BmW telah tiba di parkir Careffour untuk membuat touch up yang terakhir sebelum BmW bermula. Dibantu team Naem Resources yang mengemaskini pentas utama, PA sistem, menyusun atur kerusi, meniup belon, memanjat untuk gantung belon, menyusun atur meja untuk pembuka gerai jualan, dan pelbagai gaya aksi yang lain.

9.10pagi, kak shida selaku timbalan pengarah BmW I, memberi sedikit taujihat –rap-up sebelum semua AJK petugas menjalankan tugasan yang diamanahkan. Kak ss mengingatkan tugas masing-masing sambil bantu sahabat yang lain andai ada kelompongan. Akhir kalam beliau, selamat menjalankan tugasan!

9.30pagi ketibaan Pn. Catriona Ross, diikuti dengan Ustz Ahmad Fawwaz dan Pn. Muna Izzah. BmW bermula dengan ucapan pengerusi majlis-adik syuhada yang menggantikan emcee asal Jawahir😉. Bermula dengan bacaan doa, alunan ayat al quran dan persembahan kumpulan nasyid Naem. Wah, merdu suara pemuda Naem ni😉 lepas ni boleh panggil lagi buat show!

Selesai persembahan untuk santapan mata, telinga untuk seketika, ucapan pengarah dan seterusnya bermula talk show dikelola oleh kak muna izzah😉

Antara intipati kalam Ustaz Ahmad Fawwaz, wanita boleh dan diharuskan bersolek bergantung kepada tempat, keadaan dan situasi. Cantik itu Allah suka, maka berhiaslah dengan seadanya. Kisah Saidatina Aisyah r.a bilamana Aisyah menjamu tetamu untuk makan. Berbeda layanan beliau dengan pengemis, kaum kerabat dan sebagainya. Bukan bermakna double standard, tapi untuk meraikan dan menepati situasi dan memasyarakatkan budaya mereka.

Kak Catriona Ross pula sempat berkongsi pengalaman bagaimana terdetiknya beliau untuk memakai hijab atau tudung. Kak Catriona ke butik teman kawan untuk beli tudung Ramadan. Tetiba terlihat warna dan corak tudung yang menarik perhatiannya di patung tersebut. Lalu kak Cat menyarung ke kepala, dan terasa suatu aura yang lain dari yang sebelum ni.. nah, itulah HIDAYAH NUR KASIHNYA telah dipancarkan kepada beliau..😉 aiwah, tahniah kak Catriona!!

Talk show dihangatkan dengan beberapa soalan dari penonton. Alhamdulillah, telah dikupas secukup rasa oleh kesemua panel dan moderator bertindak sebagai pelengkap terjemahan Wanita Tanpa Gincu??. Diskusi majlsi ilmu BmW berakhir jam 12.30. persembahan kali kedua oleh kumpulan nasyid Naem. Tetamu dijamu dengan Nasi Lemak special dari BTHO-kedai isteri To’ki. Kuih muih dan air. Sesi bergambar bersama semua panel juga dilambil kesempatan oleh tetamu yang hadir dan AJK turut bergambar selepas semua tetamu selesai bergambar sakan😉

Semua penonton dan peserta yang hadir awal, dihadiahkan beg berisi majalah solusi, buku sumbangan dan beberapa risalah. Terima kasih kepada semua penyumbang barangan seperti air mineral daripada Hijrah Mart, majalah dari kedai buku Al Hamra, penyumbang pasu bunga di atas pentas, nursery Flora disebelah pentas utama di  Careffour dan semua yang terlibat dalam sumbangan wang, masa, tenaga, idea, kalungan doa dan sebagainya. Syukran jazilan!!

Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan BmW I khususan pengarah Nur Azween yang telah bertungkus-lumus dari awal hingga ke akhirnya. Tidak dilupa kepada semua AJK UKK dan MT, ME dan semua volunteers BmW I. yang diraikan semua tetamu sekitar BTHO, Bangi, Serdang, KL, Wangsa maju, Melaka yang paling jauh😉  Insyaalllah jumpa lagi di BmW II.

Alhamdulillah!!! Salam juang, salam ceria dari kami geng UKK, Nisa’ Serdang. kalam simple min ss😉 9.30PM.030711

nantikan gambar dan laporan penuh di laman sesawang Nisa’ Serdang : http://nisaa-serdang.blogspot.com

facebook : Nisa’ Kawasan Serdang.