Bersama menjulang izzah, menyambung wasilah panji ISLAM!

Gambar ditempel memperlihatkan kami seHATI, seJIWA, seFIKRAH,seSOFF dalam meneruskan agenda misi yang belum selesai. Memetik firman Allah : Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (As-Saff 61:14)

Ngantuk vs Letih

Situasi keadaan ini memang sudah menjadi kenangan wajib tatkala kami bersama melangkah, kami bersama mengharungi, kami bersama berpencak di tiap lapangan program sebegitu. Belum dikira dengan cabaran, ujian, halangan dan benteng yang nak tak nak kami terpaksa dan harus utk tempuhi yang mana kadangkala melampaui jangkauan fikiran rasional seorang hambaNya. Kemengantukan melanda hinggakan tidak tidur malam berhari-hari memastikan semua perancangan berjalan seperti SOP. Namun, termaktub sudah ketentuanNya. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Penat itu NIKMAT

Jika dikira berapa liter takungan yang telah dirembeskan, fuhh sure berkg-kg agaknye😉 walakin, dalam penat itulah kami merasai betapa nikmatnya dalam bersama. Makan bersama, tidur bersama, syura bersama, ke hulu ke hilir merempit, ditambah perisa berhubung dengan pelbagai peel manusia, nego sana-sini, menghulur ke sana ke mari, balasan senyum, herdikan, tohmahan dan macam-macam lg sua rasa yg kami telan dengan berTabah!  “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat  kecuali bagi orang yang khusyuk.” – Surah al-Baqarah, ayat 45

Amanah vs Mampu

Awal agenda, pasti taklifan dipaku ke bahu masing-masing. Mulalah rasa mual-mual, fenin lalat dan nk pitam dibueknya. Tapi, itu semua bak hujan panas nan singgah sebentar Cuma. Berkat modul tamrin yg dihadam berperingkat-peringkat, maka semua babak telah dihadam dan diserap dengan penapis lalu menadah dengan telinga yang pelbagai bunyi. Ape yg penting? K.e.r.j.a.s.a.m.a.. itu dh tentu! Laksanakan amanah, tanggungjawab yg dipikul itu dengan seSEMPURNA mungkin.  Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Istiqomah dalam Baiah

Refresh kembali saat lafaz baiah diluahkan. Bahawasanya hati-hati kita telah bersatu untuk memikul beban dakwahMu. Janji kita dengan sang Pencipta. Jangan sekali, atau berkali-kali mungkiri apetah berhajat utk mufarakah, nauzubillah! Sentiasa mencari biah dakwah, biah solehah, sambil memasang niat tulus IKHLAS utk sentiasa bersifat hisbah, adaptasi erti hidup MEMBERI, membantu segala kerja-kerja kebajikan!

مُقَلِّبَ القلوب ثَبِّتْ قلبي على دينك رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Dari Ummu Salamah rh.,sesungguhnya Nabi Muhammad saw berdoa: wahai yang membolak-balikkan hati, engaku tetapkanlah hatiku atas agama-Mu.

Erti hidup SYUKUR

Puji-pujian selayak buat MAHA Pencipta alam, MAHA member ar Rahman, ar Rahim. Jgn lupa utk igt setiap detik akanNya. Bila kita igt DIA, insyaallah DIA akan sentiasa INGAT dan GUIDE kita tak kira senang, susah, malam, siang, gembira, duka. Pohonlah padaNya agar kita sentiasa diberikan taufiq, hidayah dan diberikan kekuatan serta kelapangan dalam meneruskan misi yang masih tertunggak! Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (Faatir 35:30)

 

Be urSELF, be PROUD of urSELF. Be low PROFILE. Be GREAT. U’ll feel GREAT. Feel GOOD than u will alwiz be good GIRL😉 pohon doa-doa buat sang penaip yang kerdil disisiNya. Uhibbukum fillah!

” Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati….”

 ‘Appreciate everyone close to you, who always available when you are wrong’.

Catitan monolog ss : 11/08/11 deskIIUCS