BIOMETRIC  : ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA

Apakah maksud Biometrik?

Dengan merujuk penggunaan kad pengenalan, biometric bermaksud pengesahan pengenalan identity menggunakan cap jari untuk mengesahkan pemilik kad pengenalan.

Bilakah Biometrik digunakan?

Biometrik digunakan semasa membuat kadpengenalan atau transaksi di bank.

Mengapa isu Biometrik timbul?

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bercadang menggunakannya pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang. Penggunaan dakwat kekal dibatalkan pada saatakhir PRU ke 12 yang lalu walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan sebanyak RM3 juta.

Adakah Biometrik boleh dipercayai?

Tidak.Kes Mesnah mendedahkan kelemahan system Biometrik.Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mesnah seorang PendudukTetap (PR) tetapi mempunyai rekod sebagai pengun di dalam system SPR (PR tidak layak mengundi).Apabila rekod Mesnah disemak semula pada petangnya, status Mesnah bertukar menjadi penduduk warganegara Malaysia.Ini merupakan salah satu daripada ribuan kes yang sama.

Adakah Biometrik boleh mengancam keselamatan Negara?

Ya.JPN telah melanggar undang-undang Malaysia iaitu Artikel 19 yang membenarkan permohonan PR menjadi penduduk Malaysia hanya selepas 12 tahun. Mesnah bertukar status daripada PR kepada penduduk Malaysia dalam tempoh 6 jam sahaja. SPR juga telah melanggar undang-undang dengan membenarkan PR menjadi pengundi.

Apakah kesan Biometrik kepada keselamatan Negara?

Warga Negara asing sewenang-wenangnya boleh menjadi warganegara Malaysia. Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Somalia semuanya berpeluang menjadi warganegara. Mereka kebanyakannya tidak berpelajaran dan membawa pelbagai masalah sosial. Jika mereka miskin, Kerajaan wajib membantu. Akhirnya kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Kerajaan BN telah melanggar undang-undang untuk menang dalam PRU akan datang. Apabila Kerajaan BN sendiri melanggar undang-undang, bolehkah kita terus mengundi BN?

 sumber dr DMPNS.

Sila sebarkan dengan luas info ini. Terima kasih.

Anda Mampu membuat PERUBAHAN. Hanya satu ayat : UBAH.

 

*** info lain..boleh explore in google taip ler BIOMETRIC😉