Kenapa wujud banyak JEMAAH ISLAM?

Jemaah dalam JEMAAH. Kenapa banyak wujudnya JEMAAH ISLAM dari hari ke hari? Mcm tumbuh cendawan lps hujan. Ape yang dilaungkan? Ape yg nk dibawa? Apekah idelogi dan gagasan yang nk didaulatkn? Adakah matlamat kita berbeda? Dakwah itu perlu diSELECtkah? Hanya orang tertentu boleh join JEMAAH tu? Yang bijak pandai intelek  sahaja boleh masuk jemaah itu? Dakwah utk golongan sederhana, remaja yg tak tentu arah, belia yg hampir rosak xjumpa peta kehidupan…siapakah yg perlu bimbing mereka? JAWI? JAIS?

Cube Tanya ISMA ape yg mereka usahakan? Cube tnya JIM ape yg mereka nk fokuskan? Cube Tanya ABIM ape yang mereka  perjuangkan? Cube Tanya IKRAM ape yg mereka dakwahkan? Cuba tanya PEMBINA, ape pula yg mereka nk bina?lagi pulak ada HT, ce tanya mereka ape yang nk dikembalikan zaman KHALIFAH? HALUAN, haa ni pula ke mana pula hala destinasi nak diTUju? Ada lagi yg ss xsbut. Kalau ada ..silalah prmote😉

Ada ape pulak dgn NISA’? Nisa’ Malaysia : NGO berdaftar. Membawa dakwah kontemporari. Ahli 15-40tahun WANITA sahaja. Method yg santai, sederhana, sempoi😉 ada 5 unit yg menyambung wasilah dakwah ini antaranya :

UPI [unit pembangunan insan] membawa misi utk mendekatkan golongn remaja wanita utk menjirus taman hati, menyuburkan ladang rohani, merawat luka hati, menjana semaian IMAN.ISLAM.IHSAN dan membawa panji TAQWA utk terus menjadi kompas hidup.

UKK [unit kebajikan kauseling] menjadi telinga utk mendgr pelbagai permasalahan, meraikan mahabbah, menjalinkan kasih-sayang, merapatkan ukhwah sambil mengajak golongan remaja belia wanita untuk menyumbang tenaga dlm hal kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan.

UPK [unit pendidikan kerjaya] menjadi bank ikla jawatan kosong, memberi  input, tips utk memilih kerjaya, memilih jurusan yang tepat sejajar dengan minat dan kehendak individu tersebut. Memberi peluang kepada ahli untuk bergiat aktif dalam bidang masing-masing seperti memberi  khidmat nasihat utk kerjaya, mengenal personality dan menambahkan motivasi semangat utk terus bekerjaya!

UKS [unit kesenian sukan] nah, pada peminat tegar kegiatan seni, sukan, kebudayaan jom join aktiviti dalam unit ni. Explorace, futsall, bowling, memanah, netball, badminton, indoor games, karaoke, konsert dan aktiviti riadah! Yeah, bersukan itu sunnah. Badan sihat, minda CERgas😉

3N [ NIsa’ News Network] suka berFacebook? Blog? Animasi? Montaj, mutltimedia? Video? Desgn backdrop, banner, bunting, update info risalah, bulletin dan kerja teknikal.. inilah 3N yang sentiasa menjadi wadah PRO utk memeriahkan NIsa’ di mana-mana. Nisa’ di sana-sini.

Ironisnya, apa jua JEMAAH yang didokong, disokong, diperjuangkn.. selidik semual asal usul, apekah  yg dijulang, dilaung-laungkan..adakah itu sunnah, wasilah dari junjungan Nabi Muhammad s.a.w . Adakah sohih? Adakah di jalan yg LURUS lagi benar dan membenarkan. Ideologi yg dibawa…adakah bertepatan dgn syarak, tajdid, uslub dan segala inci yg dibawa..checkList lah sblm anda tersasar jauh dr landasan.. nauzubillah.

Masing-masing Jemaah punya method yg pelbagai. tamrin, majlis ta’lim, daurah, seminar, munakasyah, mukhyyam..back to back, cari gali semula di mana asal usul, asas pd jemaah itu. Bersangka baik memang perlu, juga syak wasangka turut perlu untuk membenteng diri agar tidak terjebak menjadi insan yg meMUFARAKAhkan diri semata taksub dgn JEMAAH itu.

Antara persoalan ditimbulkn dlm usrah zon 1, iftar geng Nisa’ Selangor + Nisa’ kawasan.. Alhamdulillah, pencerahan demi pencerahan perlu diuraikan, perlu diungkaikan dan sama-sama top-up ilmu utk sentiasa mendepani persoalan yg sure akan ditanya oleh adik-adiks KIJ😉

Isu demokrasi..PILIHANraya, tiada pd zaman RASulullah.. silelah bykkn bca kitab😉 smbil ke majlis ilmu tadah telinga isi taman hati dgn input tersebut.Jgn jd insan yg digelar ORTODOKS, JUMUD, manDOm, ketinggalan seperti katak bawah tempurung.

Adakah beza bila anda dlm JEMAAH? Apekah beza anda tidak dalam jemaah? Adakah anda merasai NIKMAT dlm program JEMAAH? Adakah anda sentiasa mencari program utk penuhkan waktu senggang anda? Jawablah sejujurnya kerna Allah itu MAHA TAHU.

Yg baik dan mulia itu dtg drNya, yg lemah dan kurang itu dr ss yg kerdil disisiNya. Sila jawab andai berani utk bersuara bg JEMAAH yg antum libatkan diri…😉

Wallahu’alam

Kalam bisu ss 23Ogos2011,IIUCS.on desk (“_) ss yg mmg selalu kelihatan HIJAU. 😉