Panduan Adab Bermusafir cara Rasulullah

1 Memulakan perjalanan pada hari Khamis (jika boleh dilakukan).
“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai
memulai perjalanannya pada Khamis.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

2 Memulakan perjalanan pada waktu malam. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

3 Menjaga makan-minum agar tidak bercampur dengan perkara yang syubhah. Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan dalam satu hadis tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim)

4 Dianjurkan bermusafir bersama-sama Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

5 Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa. Abu Hurairah r.a meriwayatkan,
seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan
memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” (Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

6 Dianjurkan agar segera kembali ke pangkuan keluarga apabila urusan sudah selesai. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

**

 Adab-adab bermusafir
i.         Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah memohon petunjuk daripada Allah
ii.       Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah menyediakan bekalan secukupnya seperti wang, pakaian, makanan dll
iii.      Melantik seorang ketua apabila bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih
iv.      Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-oprang yang ditinggalkan bagi memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yang dituju
v.       Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan
  Kenapa perlunya adab bermusafir ?
i.         Supaya perjalanan tersebut mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah
ii.       Sekiranya berlaku pertelingkahan, ketua yang dilantik akan menyelesaikannya
iii.      Supaya tidak berlaku kerosakan alam.
AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
Tujuan is bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah
Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat
Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman
Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.
Membaca doa ketikan hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan
Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.