Perutusan Rektor KUIS Sempena Hari Raya Aidilfitri 1432H

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Bersempena Dengan 1 Syawal 1432H dan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2011 Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri dan Salam Hari Merdeka kepada semua warga KUIS yang  kasihi.

Bersama kita memanjatkan setinggi –setinggi kesyukuran kepada Allah SWT  yang telah mengurniakan segala nikmat  semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima sepertimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12:
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan kerana kembali kepada fitrah. Ganjaran daripada Allah  kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di Madrasah Ramadan.

Kemenangan ini amat bermakna bila kita berjaya melaksanakan tranformasi diri ke arah menjadi insan ta’dibi yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia di mana sahaja kita berada. 

Life is Islam. Sambutlah Aidilfitri  dalam lingkungan Syariat. Eratkan dan perkasakan persaudaraan  dengan program ziarah sambil  menyimpul sekalung kemaafan di antara kita.

Pada tahun ini sambutan Aidilfitri dirayakan dalam suasana Sambutan Hari Kemedekaan ke 54. Merayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dalam suasana yang aman dan damai yang sudah pasti datangnya dari sebuah Negara yang merdeka.
Berhati-hati di jalanraya khususnya yang pulang ke kampung halaman pastikan Aidilfitri dapat disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran bersama keluarga tercinta.
Akhir kata saya mewakili Pengurusan KUIS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR  BATIN  DAN SALAM KEMERDEKAAN buat semua warga KUIS yang dikasihi. Semoga Allah merahmati kita. Amin.

Profesor Dato’ Dr Aziuddin Ahmad
Rektor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor