السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الله أكبر الله أكبر الله أكبرالله أكبر الله أكبرالله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر كبيرا و الحمد لله كثيرا و سبحان الله بكرة و أصيلا
لا إله إلا الله و لا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين و لو كره الكافرون
لا إ له إلا الله وحده صدق وعده و نصر عبده و أعز جنده و هزم الأحزاب و حده
لا إله إلا الله و الله أكبر
الله أكبر و لله الحمد

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله . اللهم صل على محمد و على آله و أصحابه و من تبعهم بإحسان إلى يوم

salam eidul adha! maaf zahir batin..

ss sekadar berkongsi bait-bait yg spontan..sama-sama reFresh HAti, top-UP PAHALA, reLoad TaQwa, reMove DOSA, DELETe Virus Hati, UpLoad ILMU.

Pelekat DAKWAH

Ku singsing lengan jubah

Melipat simpulan lelah

Ku ukir senyuman manis

Mencorak laskar letih

 

 

Bersama duduk berhalaqah

Mengikat rantai kalbu yang tertiris

Bertemu lutut berpaut ukhwah

Menebar madah berkongsi ibrah

 

Menelusuri jejalur mehnah yang semakin sesak

Ditampan kapsul sabar, cekal dan tabah

Aah, sesekali monolog menguji

Penat, lesu, ngantuk dan perit bergelumang

Menipis aliran keluar dek tuntutan jihad

Terpalit  diherdik, terhiris dilukai

Itulah lumrah jalan berliku

 

Ya Hayyu, Ya Qayyum

Pautkan sakeenah dalam jiwaku

Salutkan thiqah dan qanaah dalam tiap peri langkahku

Rentapkan kalimah لا إله إلا الله dalam taman hatiku

Pasakkan naluri tadhiyyah berintikan tsabat

Sebatikan tajarrud dan ikhlas sepanjang permusafiranku

 

 

 

Ya Rahman,Ya Rahim

Doakan diriku antara insan yang terpilih

Yang memilih jalan wasilah junjungan mulia baginda dan para sahabat

Memegang panji-panji Islam

Menjulang syiar dan daulah Islamiah

Pautkan semangatku sekental Masyitah

Semarakkan perjuanganku seperti Kabsyah

Moga riwayatku bersemi mengikut jejak langkah Sumayyah

Membumi Fikrah, membina syaksiah!

4/11/11, 1210pm, IIUCS

 

“Semoga Allah SWT merestui amal bakti, sadekah jariah dan pengorbanan kita..ameen!

Dan akhirnya marilah kita renungkan firman Allah SWT, sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran al-Karim.

Rujuk surah Thohaa . Ayat 124 – 126

“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.”

(Thohaa: 124-126)

بَارَكَ الله لِي وَلَكُم بِالْقُرْءآنِ العَظِيْم وَنَفَعَنِي وَإِيّاَكمْ بِالآياَتِ وَالذّكْرِ الحَكِيْم وَتَقَبَّلَ مِنّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم. أُوصِيْكُمْ عِبَادَ الله وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْن وَاَسْتَغْف الله العَظِيْم لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَات وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْه فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!