` jeNdeLa bArU `
Menghitung hari..
Tahun berganti tahun
Bulan bersilih bulan
Hari bertukar hari
Jam.. minit.. saat mengikut putaran alam..
Seakan rasa baru semalam diri ini bertambah usia..
Kini, bakal bertambah lagi angka umurku
Ya Allah,
Cepatnya masa berlalu
Persis ku telah meniti titian kehidupan berliku
Walau ombak datang membadai
Walau apa jua rintangan yang menghunjam
Kukentalkan pendirianku
Kukejapkan iman di kalbuku
Kuteruskan langkah perjuanganku…
Ya Muqtadir,
Kemanisan yang dikecapi tersirat kisah keperitan
Kelapangan dalam kesibukan yang bertalu
Kesenangan dijahit nan disulam kesusahan yang menimpa
Semua itu sudah tertulis Qada’ dan Qadar
tiada kuasa yang mampu menghalangNYA
Ya Rahman, Ya Rahim..
Jendela baru bakal dikunjungi
meninggalkan tirai yang usang berlalu pergi
moga diriku rancak menyiram taman hati sahabiah
memurnikan sanubari keimanan
sambil menabur benih semaian di taman hati ini
kusisip tarbiyah dan tazkirah seiringan
kukutip mutiara dalam menongkah bahtera kembaraku
agar mekar mewangi bersama kalungan munajatku..
Ya Karim.. Ya Zal Jalali wal Ikram..
Ku hanya menumpang kasihMU
Atas nikmat yang tak terperi lagi terhitung
Ku akui kekerdilan diri ini
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya
PadaMU kurintih
teguhkan amanah ad-deen di bahuku
berikan nafas pada hatiku yang layu
moga ku senantiasa menikmati taqarubbillah
tawaduk dan istiqomah di jalanMU..
Ya Mujib.. Ya Fattah..
selamat berjuang untuk diriku hingga ke titik noktah..
antara cita-cita dan impian yang belum tertunai
wasilah dakwah yang didambakan
perjuangan yang belum selesai
ALLAhu AKhbar !!!
pasti dariNya kita datang
dariNya jua kita kembali …
>>> iLhaM ciPtA
:: siMpLe-sHiDa ::