alhamdulillah. bertemu berpisah kerana dasar 1.. bukan 1 Malaysia daa..hehe..

1 Dakwah, 1 Fikrah, yakni ISlam yg syumul! bukan islam had-hari..huhu..😉

rehlah ungu bersama geng Nisa’ Serdang d taman botani, putrajaya.. ALHAMDULILLAH..sesi sharing moment menerjah diri, mengkoreksi diri😉 insyaallah moga kite akan lebih laju utk begerakerja lps ni! Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah, bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.”

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya: “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”

ya Allah satukanlah hati-hati kami..😉

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Pada hari ini kami berhimpun untuk mengukuhkan azam.
Azam kami di atas perjuangan menentang kezaliman,
Kami padukan saf-saf kami untuk menegakkan keadilan,
Kami susun kerja kami untuk menentang kemungkaran

Ya Allah di bumi ini akan kami tegakkan kebenaran dan keadilan
Di atas bumi ini akan kami tumpaskan kezaliman
Oleh itu, Ya Allah, berkatilah saf-saf kami.
Teguhkan iman kami.
Mantapkan iltizam kami.
Teguhkanlah istiqamah kami.
Satukanlah hati-hati kami.
Berilah perlindungan kepada kami.
Berkati amal kami.
Rahmati usaha kami.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami.
Berilah kekuatan kepada kami.
Berilah kekuatan kepada kami.
Teguhkan hati-hati kami untuk terus berjuang. ameen!!

—–   Liqa’ usrati 4/3/2012 @ ampangan😉

hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu,

“Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari).

alhamdulillah, hujung minggu berjumpa dgn usrati..mak..abah..adik beradik smua ke walimah anak pak lang@ merangkap sepupu sepapat kami😉 pelbagai ragam dilihat.. auliya dgn muka yg xde gerak gempita..hehe.. abg min-min yg tido..penat tawaf zoo melaka siang td. nah, ss sajikan gmbar ini utk tatapan adik fatin yg xdpt join..hehe.. juge utk shbt handai😉

oley! berLiqa’ sure mmg BEST!! hehe…