Musim kawin-kawin (*-*)
Bile cuti sekolah je.. ramai kawin-kawin, bile nk kawin-kawin aje, dlm
cuti sekolah😉 hehehe. Bukan ape, mmudahkan org nk dtg😉 tmbh lg
cikgu,cikgi cuti yg memanjang mudah nk uruskn…
Alhamdulillah, masih lg dberi kesempatan drNya utk memenuhi jemputan.
Akan datang? Wallahu’alam. ss xde jwpn itu buat masa ni. DIA yg MAHA
TAHU. Sure lah MAC ni ramai bangat akan tamatkn setatus solo kepada
berDUET😉 itulah jodoh yg dicari-cari selama ni.. moge dmudhkn segala
urusan sahabati….😉 barakallahu lakum..


Mohon maaf, pd shbt yg ss xdpt nk penuhi. Nun d Pahang, kedah, johor,
Kelantan, tgganu.. kalau status ni jd travel tour ejen, orait juge.
Fly everywhere..hehehe. dgn syarat pitis penuh laa dlm beg.oley!
Walakin, inilah jalan yg telah dicaturNya. Bertemu berpisah
keranaNya.. itukan lumrah, itulah putaran alam. setiap masa, setiap
detik pasti berubah.. moge perubahan itu sama-sama kita anjak dan
injak utk meneruskan baki sisa-sisa kehidupan yg mungkin tak lama,
mungkin lama skit, mungkin…..uh, tiada yg mungkin drNya😉


Bbrp hari ni, mindaku dicanai dgn isu-isu itu.. dicairkn pula bila
mendgr bbrp youtube mjlis ilmu dlm internet.. wahh, best kalam dr OKI
😉 sape? Pelakon glamer KCB-ketika cinta bertasbih😉 search lah nama
beliau. Sgt best dgn sajak yg diciptanya.. Allahu akhbar.. moge beliau
sentiasa dinaungi rahmatNya..ameen! insyaalah menjadi ikon remaja muda
belia yg inginkn NUr..ingin HIJRAH!

Kata-kata dari buku Melukis Pelangi -Oki Setiana Dewi

Aku sampai pada keadaan ku sekarang adalah dengan perjuangan,
Dan selama nafas ini masih terus berhembus,
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang,berjuang dan
terus berjuang,
Kehidupan didunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti,
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang,
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan
lingkungan asing yang belum ia pernah kenal sebelumnya,
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang tangguh,
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya,
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak,
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu,
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya,
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumahtangga,
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi
berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya,
Yang berselisih berjuang untuk berdamai,
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta
memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan
dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi.

Hari demi hari berlalu pergi.. meninggalkan kesan dlm tiap taman hati,
namun apekah erti dan makna itu singgah, hinggap ke kalbu.
Wallahu’alam. hanya diri yg mengenal manikam😉 turun naik momentum
self esteem, % iman, parameter amal, darjah sabar dan suhu tabah..
hanya mampu ditapis dgn teguhnya disukat oleh indikatorNya.
ss nk titipkan bait-bait permusafiran buat shbt-shbt yg seiring senada
dlm suarasa itu..;) terimalah simple poem created by simple-shida😉

musafir meribat ukhwah

berjalan,  melihat, mentafsir
sambil bertasbih memujiMu
tak dijangkau dek dzat pencipta
tak terbilang dek bebuih di lautan
aku takjub akan penciptaanMu
terkesima, meneleku dan memeta nikmatMu
ALlahu rabbi, syukur kulafaz!

[ “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucapkan
tasbih kepada Allah, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
As-saff, ayat 1 ]

jaulah itu pengikat ukhwah
terubat rasa penat lelah
mengecas ion negatif positif
menyulam buah rindu pohon kasih
terpercik  mahabbah indahnya bertemu

[Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah
bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal
jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari
akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.]

merenung jauh
kembara di bumi Allah
memanjat munajat sepanjang permusafiran
makbul  segala hajat hendaknya
di sepanjang pesisiran perjalanan itu…

[“Tiga do’a yang tidak diragukan lagi terkabulnya yaitu do’a seorang musafir, do’a orang yang terzholimi, dan do’a orang tua kepada anaknya. hadis]

Menelusuri perjuangan baginda
Terasa payah peritnya jalan dakwah
termaktub sudah itu laluannya
rahsia teguh intima’, kukuh tanzim
sambil thiqah  diperkasa, wala’ dipasak
beriiringan jalur jihad yang melilit disemat
harapnya tidak berciciran yang dicantum

[ Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang-orang yang beriman – selain daripada orang-orang
yang ada keuzuran – dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada
jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang
kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari
dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga),
dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang
tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur)
dengan pahala yang amat besar; An Nisa’ . Ayat : 95 ]

Ya Jami’, Ya Naafi’ [yang mengumpulkan, yang memberi manfaat]
KAU cantumkan hati-hati kami
KAU teguhkan fikrah kami
KAU mantapkanlah tarbiyah kami
KAU ikhlaskan amal kami
KAU simbahkan kekuatan pada kami
KAU galurkan sabar dan tabah dalam langkah kami..

Ya Qawiy, Ya Matin [yang Maha Kuat, yang Maha Teguh]
Matikan virus hasad dalam kebun hati kami
Luputkan ujub tamatkan ghurur
Semadikan takabbur dalam diri kami
Cerakinkan isti’jal dan israf dalam kondisi kami
Moga kami  sentiasa dalam nikmatMu
Iman, Islam, Ihsan serta istiqomah di jalanMu..
Amen ya rabbal alamin.

12032012 : 3.32pm. ilham cipta : simple-shida (“-)