ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10705-laporan-penuh-hampir-100000-hadir-himpunan-hijau

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata roadshow tersebut akan diadakan sepanjang dua bulan ini sehingga pertengahan Julai akan datang.

Bermula dari Kedah, mereka akan ke Perlis dan kemudian akan ke Johor pada 16 Jun ini.

Mengikutinya Pahang pada 17 Jun, Pulau Pinang 23, Perak 24 dan Terengganu 30 haribulan.

Untuk Julai pula, program akan dimulakan di Kelantan pada 1 haribulan kemudian Melaka 7, Selangor 14 dan Negeri Sembilan pada 15 haribulan.

—–
ayuh, bulatkan tarikh yg berdekatan/mampu utk ke destinasi tersebut..
Jun : Johor 16 Jun, Pahang 17 Jun, Penang 23 Jun, Perak 24 Jun, Terengganu 30 Jun.
Julai : Kelantan 1/7, Melaka 7/7, Selangor 14/7, N9 : 15/7

————–

alhamdulillah. ss bersama teman-teman ke bumi Kedah 1 jun 2012. permusafiran 1 hari 1 malam kami ke kedah😉 moga segala amanat, mutiara kalam kami semat kemas dlm taman hati..bersama melangsungkan perjuangan yang belum selesai.

—–

Al-Fadhil Tuan Guru Nik Abdul Aziz Hafizahullah membaca dan menterjemahkan beberapa rangkap syair
Semasa orang lain semuanya tidur nyenyak..
Ya Allah, aku bangun ketuk pintuMu bawa unggun harapan.
Aku merayu padaMu sepanjang malam,
Bagaimana pedihnya penderitaan yang aku pikul.

Aku bermadah, wahai Tuhan, kerana Kamu adalah tumpuanku,
Bila saja bala menimpa.
Bahawasanya Kamu sajalah tempat aku berpaut,
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan.
Kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya.

Kesabaran aku sudah mulai luntur,
Daya tenagaku sudah mulai lemah lesu,
Oleh itu padaMu Ya Allah aku menadah tangan dengan cukup hina,
Kerana Kamu Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah.
Tolonglah Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi.
Limpah kurniaMu seluas lautan, akan memuaskan siapa saja yang menghirupnya.

 Darul Aman, Jumaat, 10 Rejab 1433h.

taken : http://fasiha-diriku.blogspot.com/2012/06/tuan-guru-nik-abdul-aziz.html