5/7

Alhamdulillah, akhirnya dpt ke usrah 3Gen bersama geng ss. Isu krisis identiti? Tentang Asma’.. juga perkongsian ilmu etc.

7-8/7

k-Fiqh di UTM Skudai, Johor. Bersama encik suami & 2 org adik yg join with us. Syukur lillah, byk input yg dpt. Terima kasih pd penaja tiket kami..moga Allah terus lapangkan rezeki kamu..ameen!

9-11/7

Kursus Prof.Learning Fasilitator d Puchong. Perjalanan pergi dan balik setiap hari berbeza.hehe. saboo je. Ss bersama hidayah bkursus. Marvelous n thankful to Allah brings us there. Insyaallah akan aplikasikan segala yg dipelajari😉 oley!

Dugaan kereta pd hari ke3.. tak boleh start. 4 buah kereta cuba mengJumpper dr  bateri ke bateri..suspect bateri habis..but then..puncanya adalah cip di kunci terjatuh dan hilang. Allahu rabbi.. akhirnya lori towing angkut kete ke pusat servis.. last..boleh start lps msukkn cip dlm kunci.😉 terima kasih byk pd geng PLF yg bantu.. !😉

13/7

Bersama suami balik perak. Smpai umah Sitiawan jm3ptg.. rest… jm5 bertolak ke Kuala Kangsar, taska adikku. Ada majlis zikir, yassin mlm ni. Aiwah..besar taska ni..cantik! moga Allah mudahkn urusan dik😉 pengusaha taska Dekat DiHati😉 dkt dgn kolej islam perak.. balik kami singgah umah kakak yg sulung di taiping… next btolak balik ke kl.

15/7

Misi ke kuala Selangor Himpunan Hijau. Bersama adik-adik usrah ke Puncak Alam untuk mjlis zikir, yassin. Alhamdulillah..selesai.. next ke Kuala Selangor. Jumpe dgn geng Nisa’ Selangor. Ok, misi bermula! Dipendekkn cite.. kami pulang Bangi..mampir jm3pg.. mata dh kelayuan..zzzz

16/7

Drive back kl. Hp samsungku berbunyi.. kak, boleh temankan sy? Bla..bla.. ok, insyaallah. Then ke rumah kak Muna Izzah.😉 makan free hari ni. Breakfast + lunch.

Next..back home.. kemas rumah..basuh baju. Mlm ni ke UIA. Set dgn Sharini p sama. Alhamdulillah, mkn mlm di rumahnya bersama Aini ! then kami bersama ke talk Prof Tariq Ramadan. Nice speech.. mabruk to team One Heart Creative Solution for the luvely events! May Allah bless u all.. ahlan ya Ramadhan!

 

Insyaallah tampaknya Ramadhan ni byk gerak kerja perlu disiapkan. Mood sdg bercuti..menanti Sept kembali bz ke kelas…assgmt etc. so, ss nak ambil kesempatan buat ucapan :

`Salam Ramadhan Kareem…buat seluruh ahli keluarga ss, juga keluarga mertua, sanak sedara, rakan taulan, team Simple Touch & Simple Think, geng Nisa’, group UsrahOnline, dan seluruh umat Islam..

Bersama merebut ganjaran pahala yg berlipat ganda dlm bulan yg penuh barakah.. jom, bersedekah, bertadarus, dan teruskan amalan mulia bukan sahaja di bulan Ramadhan hendaknya..😉

Sama-sama saling mendoakan utk sahabat, juga pohon munajat buat simple-shida😉 agar kita sentiasa dlm nikmat Islam, Iman, sihat, tabah, tenang, kuat dan mudah segala urusan smbil dititipkn rezeki dan nikmat yg barkah..ameen!

Salam sayang, salam rindu, salam Ramadhan al Mubarak !

 

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ

 

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-MU dari siksa kubur.” [Hadis Riwayat Ahmad,]

 ————-

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana ALLAH, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan). (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan2, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa juga, ALLAH SWT. akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh ALLAH. Sabda Rasulullah SAW:

“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, ALLAH Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-KU dan AKU sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua ke-gembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau Musk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)