Alhamdulillah, ramadhan kareem. Ss titipkan kepelbagaian gambar ini utk menggambarkan suasana ramadhan kali ini. Pejam celik sudah hari ke 16 ramadhan. Allahu rabbi.. moga baki Ramadhan yang hanya tinggal separuh sahaja lagi..sama-sama kita manfaatkan bersama dengan merebut pahala dan mega sale yang FREE😉

iftar bersama geng Nisa’  Wangsa Maju..😉

acara memasak bubur lambok d Bangi!

– Bicara Hasan Al Banna –

” Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.. Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap ..Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini. Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”

—–

jom!