tumblr_mi7gwmbRFI1r71b95o1_1280

Karung cinta-hasil nukilan simple-shida😉 08032013

 

 Mungkin karung ini dipenuhi dengan cinta? Tapi, cinta pada siapa ya?

Tetiba terimbau kenangan yang tidak diduga. Aish, siapa pula bagi aku hadiah ni? Karung ada bentuk love lagi tu. Adakah secret admire? Kakak usrah? Adik usrah? Atau ada pulak yang nak taqdim? Hmmm, simpan aje lah karung ini. Banyak perkara aulawiyat yang lain perlu difokus. Lagi 3 minggu nak final exam. Minggu depan bakal berlansung projek Mega. Waduuh, kena pula jadi Timbalan Pengarah. Dapat pulak Pengarah yang suka-suki bagi arahan, dah tu biar je anak buah terkontang-kanting. Harapkan muka je handsome. Tapi, kerja langsung tak jalan. Eeee geramm betul!

Allahu Akhbar, istigfar banyak kami semua. Nak bertengkar dah tak de masa. Huhu,baik kita sinergi bersama mana yang lompang. Masa dah berbaki 4 hari lagi. Ya Allah, permudahkan urusan kami. Ameen! Ku selak lengan baju, eh dah jam 5.00 petang. Belum solat lagi ini. Lantasku ke bilik air mengangkat wuduk.

……….

Lagi 2 hari projek Mega. Kami semua adakan mesyuarat yang terakhir. Kali ini, terpaksa lagi mengendalikan mesyuarat projek Mega. Masing-masing unit telah membentangkan gerak kerja. Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat diketuk.

Pengarah yang ‘konon bagus’ label kami, masuk dan terus ke meja hadapan. ‘Maaf, saya lambat sampai. Ada urusan tadi. Okey, kita dah sampai mana?’.

“ Encik Pengarah, mesyuarat dah habis. Tinggal ayat tangguh dengan tasbih kaffarah dan al asr’. Jawab sinisku.

‘ Oh, ye ke? Jadi, Ahad nanti,semua urusan dah ok?’soal Pengarah. Semua ahli mesyuarat, mengangkat doa dan membaca doa penutup.

‘Insyaallah, tunggu lusa nanti ya.’ Jawabku sambil segera meninggalkan bilik mesyuarat.

Hati kecilku berkata, bagus punya Pengarah. Dah habis meeting baru sampai. Langsung tak boleh jadi pemimpin, apa lagi jadi ‘calon’. Kakiku melangkah ke café bersama sahabat Hamiza yang setia menemaniku. Walaupun beliau lebih senior umur dariku, namun beliau tetap respect padaku dan berjiwa pemimpin yang berwibawa.

‘Jom, kita beli makanan. Perut ni dah lapar, bunyi irama rock rasanya’, sambil meraih tangan temanku. ‘Ye, baik cikPuan Timbalan Pengarah’, sabaq itu kan separuh dari Iman., sengihnya lagi.

‘Bab makan, harus diisi dengan segera, ini kan tuntutan wajib. Kalau sakit masuk angin, siapa yang susah? Sambil keningku terangkat. ‘ Ye lah..ye lah.. nanti kak Miza juga yang kena picit urut adinda tersayang ni.’ Jawabnya sambil mencubit pipiku.

————

bersambung….. =)