tumblr_mif0fdTjRw1qkm7v2o1_400

Selepas seminggu Projek Mega selamat menutup tirai. Tiba-tiba seorang daripada geng usrahku menitipkan warkah. Katanya kiriman dari seseorang yang jauh. Hati kecilku terdetik, ada kaitan kah dengan pemberi karung bentuk love tu? Kot laa nak bagi suspen pulak. Haha.

Pulang ke bilik, ku membuka lipatan warkah tersebut.

 

`Assalamualaikum w.b.t..

Buat penerima warkah ini. Mohon maaf, andai kehadiran warkah yang tidak diundang ini, menciptakan kesusahan dan kesulitan buat enti. Terlebih dahulu, maaf kali kedua dihulurkan kerana yumkin kehadiran karung yang lalu turut menciptakan kerungsingan buat diri enti.

Sebenarnya ana sudah lama memerhati pergerakan dan mengikuti gerak langkah enti dalam persatuan, program dan jemaah. Jauh dalam sudut hati, ada suatu perasaan yang terbuku dan sukar diluahkan dengan kata-kata. Namun, ana simpan perasaan itu dengan cermat agar dibiarkan ia disusuli dengan peradaban dan tatasusila yang diredhai lagi diberkati.

Pendekkan cerita, tidak silap ana, enti masih lagi belum berpunya. Oleh hal demikian, ana sudah menyampaikan hasrat pada seorang ustaz untuk menjadi orang tengah.  Insyaallah, ana pulangkan petunjuk DIA untuk perjalanan seterusnya.

Salam juang, salam istiqomah di jalan dakwah. Wallahu’alam,

Al faqir iallah : AMF

 

AMF, getus hatiku. Siapa ntah? Bunyi ringtone “Jalan Dakwah” berkumandang mematikan lamunanku. Eh, Ummu call. ‘Assalamualaikum, Amirah. Enti di mana? ‘Ana baru sampai bilik. Ye ustazah, ada bantuan yang diperlukan?, lawak kecilku.

Issh, enti ni. Petang ini nak ajak enti ke pejabat JRL. Ada mesyuarat GAMIS. Enti lupa ke?, soal Ummu lagi. ‘Lahaulawala, ana lupa pulak. Ye lah, petang ini jam 5.30 petang ya. Insyaallah kita pergi sama deh’, jawabku lagi. ‘Ok, nanti ana jemput enti. Jangan lewat ya!’.

‘Insyaallah, Assalamualaikum….

 

——–