2013-02-22 18.01.35

`Usrah bersama naqibah`

Cerah langit mewarnai bumi,
Seperti cahaya yang menerangi hati hati yang hidup.

Berbuat baiklah pada seisi alam,
Tuhan akan memperlihatkan kebaikan untukmu. Bait kata-kata dari kakak naqibah tersayang ‘kak Najihah’.

 

`Alhamdulillah, puji-puji buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. syukur dengan izin, limpahan taufiq hidayahNya kita dapat menghirup udara nan segar di tepi tasik yang indah lagi permai ini. Ditemani burung-burung yang berterbangan, diselang seli suara kanak-kanak dan sedikit tertusuk dek bunyian deruman kereta motor.’ Muqadiiman dari naqibah kami.

Semua dah makan tengah hari? Sihat adik-adik kak? Soal naqibah kami.

Insyaallah sudah.. jawab hampir serentak dari mulut anak-anak naqibah yang menunjukkan riak wajah yang keriangan.

‘Hari ini, special slot. Jeng..jeng. kak Najihah ada bawa pisang dan belon. Kita main games petang ni, insyaallah! ‘

‘Wahhh! sedapnya. Saya suka, saya suka,’ ujar Emy sambil meniru gaya kartun upin ipin.  ‘Tak sabar nak makan pisang tu, kak Najihah!’  celah pula dari Aqilah.

‘Sabo, sabo. Nanti kak sampaikan susur galur kronologi permainan ini. Dengar dengan teliti dan rukun wala’ dan ukhwah akan kita uji dalam games ini.’ Ujar naqibah lagi.

 

Selepas 40 minit, 2 games selesai dimainkan oleh adik-adik usrah tersebut.

 ‘Alhamdulillah, selesai 2 permainan modul sebentar tadi. Ada nak lontar solusi, hasil daripada modul pisang?’ soal naqibah.

‘ Saya! Sambil mengangkat tangan Radhiyah. Pertama : pisang bukan favorite ana. Kedua : belajar tentang semangat kerjasama,berkasih-sayang, hapuskan sifat iri hati’. Ketiga : saya terUja dengan modul ini! Oley! Ujar Radhiyah lagi. Rakan yang lain tertawa dan tersenyum melihat telatah sahabat mereka berucap.

Okey, syukran Radhiyah. Makanya, lepas ni insyaallah akan suka dengan PISANG! Next usrah kak bawa cekodok dengan lipat pisang😉 hehehe.

 

‘Next, untuk komen modul kedua belon. Ada yang berKobar-kobar nak kongsi pengalaman?’ soal naqibah.

‘Yess, ana! Jawab serentak Ani dan Nanie.  ‘ Aik, ini ada ape pengalaman bersama ke tadi? Soal naqibah.

‘Kita bagi laluan Emy terlebih dahulu. Tafaddal ya Emy.’ Ujar kak Najihah.

‘ Belon ini, ada kenangan manis waktu kecil dahulu. Bila ada pertandingan di sekolah, mesti ana masuk dan confirm menang. Hehe. Sampai ke sekolah menengah, bila kena tiup belon mesti kawan-kawan sekelas booking Emy. Ada nama gelaran Emy Bel😉

Kedengaran gelak ketawa riuh rakan usrah di tepi tasik itu.

‘Alhamdulillah, resolusi dari main belon. Deria rasa, tangan kita perlu di tahap yang maximum. Bila mata ditutup, kita semua diminta mencari belon masing-masing, memang diuji vocal dan suara. Ehh, diuji deria rasa kita dengan tinggi. (sempat Emy melawak jenaka). Akhiran, ana berjaya mendapatkan belon sendiri! Maka tepat dengan gelaran ana ,Emy Bel. ‘.  ;)  semua rakan usrah bertepuk tangan tanda sokongan dan semangat kepada Emy.

 

‘Okey, next Nanie kita dengan kisahnya pula. Silakan Nanie!’ kak Najihah bersuara.

“ Kalau kisah Emy Bel, Nanie pula sebenarnya takut belon. Fobia dan trauma. Tambah lagi bila disuruh pecahkan belon. Kalau tiup boleh lagi. Tapi, bila nak kena letup… ya Allah, jantung ni macam nak pecah.’ Sambil mimik muka Nanie mewajahkan perasaan.

‘Tapi, Alhamdulillah. Terkesan hari ini, dek wala’ dan patuh pada arahan.. tanpa gusar dan yakin. Nanie meletupkan juga belon tadi, dan akhirnya… Allahu Akhbar, berjaya dengan gemilangnya😉’ sambung Nanie lagi sambil tersenyum. Tuntasnya, Nanie belajar untuk BERANI, dont give up, wajib mencoba, jangan MENGALAH!

 

‘Mabruk alaikum. Alhamdulillah, begitulah perkongsian dua sahabat antunna dalam modul dan usrah kita petang ini. Memandangkan masa dah hampir nak asar. Maka, kak Najihah tangguhkan dahulu buat masa ini. Insyaallah kita sama-sama solat jemaah di tepi tasik, sambil tadabbur alam memuji ciptaanNya.

Sebelum itu, kita kemas-kemas tempat ini sebelum solat, mohon maaf andai ada keterlanjuran kalam, semoga perkongsian intipati usrah kita hari ini dapat dijadikan ibrah dan keberlangsungan bekalan di sepanjang perjuangan adik-adik, insyaallah. Kita tangguh dengan tasbih kaffarah dan al asr.’ Naqibah lantas menadah doa.

 —