Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (PengundianPos) 2003 [PPPOS]

 

Siapakah yang boleh mengundi pos?

 

1.         Pengundi tidak hadir iaitu pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, isteri atau suami pegawai berkenaan, pelajar sepenuh masa di luar negara, isteri atau suami mereka.

2.         Tentera atau polis yang tidak dapat mengundi awal dan membuat permohonan untuk undi pos.

3.         Pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari mengundi seperti KTM dan kerani.

4.         Anggota SPR.

5.         Mana-mana orang yang ditetapkan SPR seperti pengamal media.

Per. 3(1) PPPOS

Bilakah waktu memohon menjadi pengundi pos?

Pemberitahuan di bawah sub-peraturan 3(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan tempoh untuk permohonan bagi pengundian secara pos:

1.       Warga Malaysia di luar negara dari 21/1/2013 hingga hari pembubaran

2.       Pekerja media dari selepas hari pembubaran sehingga 2 hari selepas penamaan calon

3.       Tentera/polis dari selepas hari pembubaran sehingga 2 hari selepas penamaan calon

4.       Pegawai SPR dari selepas                                                                                                                   hari pembubaran sehingga 2 hari selepas penamaan calon

5.       Anggota SPR dari selepas hari pembubaran sehingga 2 hari selepas penamaan calon

 

PU(B) 32/2013 – 18 Januari 2013

Bentuk kertas undi pos

Kertas undi pengundi pos adalah sama seperti pengundi biasa

Per. 4 PPPOS

 

 

Pengeluaran dan pembukaan kertas undi pos

Hanya pegawai pengurus, kerani, calon, ejen calon, atau orang yang dinamakan oleh calon [nama dan alamat orang ini perlu diserahkan kepada SPR] dan pegawai SPR yang boleh hadir pada masa pengeluaran dan pembukaan kertas undi pos.

Per. 5 PPPOS

Notis pengeluaran undi pos

Notis tidak kurang 24 jam perlu diberikan kepada calon atau wakil calon tentang masa dan tempat pengeluaran undi pos

Per. 6 PPPOS

Format kertas undi pos

  Setiap kertas undi pos hendaklah ditindik atau dicapkan sebelah belakangnya dengan cop rasmi atau ditandatangan ringkas oleh pegawai pengurus.

  Nama dan nombor pemilih hendaklah diteriakkan.

  Senarai pengundi pos hendaklah dibuat dan calon/wakil calon hendaklah mendapatkan senarai ini.

  No kertas undi hendaklah ditandakan di Borang 2 dan Sampul A

Per. 7 PPPOS

Apakah yang diserahkan kepada pengundi pos?

  Kertas Undi

  Borang 2 – Iaitu perisytiharan identiti seseorang pengundi pos dan yang mempunyai nombor kertas undi.

  Sampul A – Iaitu sampul iringan yang mempunyai perkataan ‘sampul kertas undi’ dan ‘nombor kertas undi’

  Sampul B – Iaitu sampul iringan  yang mempunyai perkataan ‘pegawai pengurus’ bagi pengembalian sampul A dan Borang 2.

Per. 8 PPPOS

Pembukaan kertas undi pos

 

  Peti undi hendaklah dibuka oleh pegawai SPR dengan kehadiran calon atau ejennya.

  Notis 24 jam hendaklah dikeluarkan kepada calon atau ejen sebelum peti dibuka.

Per. 14 PPPOS

 

PERHATIAN

1.       Kerahsiaan undi pos adalah sama seperti undi biasa jika prosedur undi pos diikuti sepenuhnya.

2.       Seseorang pengundi pos tidak berhak untuk hadir mengundi pada hari mengundi [Per. 19 PPOS].

3.       Penandaan kertas undi pos boleh dibuat di mana-mana samada di rumah atau di tempat yang disediakan oleh SPR. Sekiranya ditandakan di rumah, hanya perlu pastikan kertas undi tersebut sampai ke tangan Pegawai Pengurus yang berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada hari mengundi (5 Mei 2013). Proses penghantaran kepada pegawai pengurus boleh dibuat secara kiriman pos, kurier atau serahan tangan.

4.       Polis, tentera atau kakitangan yang dilantik SPR untuk bertugas pada hari mengundi jika khuatir penandaan mereka di atas kertas undi akan diketahui oleh orang lain digalakkan untuk membawa pulang kertas undid an memangkah di rumah serta membuat pengeposan sendiri.

5.       Pastikan Borang 2 (Borang Identiti Diri) dan Kertas Undi dikembalikan bersama-sama sampul yang diberikan.

6.       Bagi petugas, sila pastikan anda mendapat senarai terkini pengundi pos dan sila buat rujukan silang dengan buku daftar pemilih pengundi biasa dan pengundi awal untuk sila buat tandaan yang sewajarnya bagi mengenalpasti mereka sebagai pengundi pos yang sudah tidak lagi berhak mengundi pada hari biasa atau hari mengundi awal.

7.       Sesiapa yang membenarkan orang lain mengundi bagi pihaknya adalah melakukan kesalahan yang boleh dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun dan didenda tidak lebih RM5000 selaras dengan Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.