[sembang-sembang 1] `dialog di awal kampus, seketika perbualan itu..

adik : kak, join mana-mana jemaah ke?
kakak : jemaah? ermmm, jemaah ada banyak dik? hati-hati kalau nak join.
adik : biasa masuk kampus, macam-macam dengar. cuma, penting ker masuk jemaah ni?
kakak : bila masuk kampus, bukan sahaja perlu ada ilmu dalam bidang yg kita ambil. makanya, perlu ditambah pelbagai skills, network dengan kawan-kawan, seronok bila dalam jemaah/kelab..
adik : oooo, kalau macam tu saya nak join lah jemaah.
kakak : insyaallah..

bila niat sudah terlafaz, perjalanan akan dimudahkanNya. yang penting dik, betulkan niat, ikhlaskan hati. akademik jangan diabaikan, namun dalam berorganisasi nanti, pastikan make it balance. so, time management kena bijak!
ok dik, kita jumpe next event ya.

Berkata Saidina Umar R.A :
تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تَسُودُوا
“Fahamilah agamamu sebelum kamu dijadikan pemimpin”

——–

[ sembang-sembang 2] setelah beberapa tahun di alam kampus..

adik: kak, tak sangka awal dulu saya jumpa kak….akhirnya kak jadi naqibah sy!
kakak : kun fayakun dik indahnya ukhwah bila bertemu atas asbabNya.
adik : kak, saya sangat bersyukur jumpa kak.alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya walupun sangat sibuk dalam jemaah. yang penting pointer maintain dean list!
kakak : aiwah, mabruk dik! camni lah perlu jadi ikutan pada kawan-kawan. walaupun sibuk meeting, program, rehlah, tapi.. bab assignment, tutorial, kelas kena pandai fly sana sini. ups, maksud fly bukan tuang kelas tapi, fly dengan cepat untuk landing ke kelas, siapkan semua task!.
adik : Insyaallah, terima kasih banyak kak! harus lah saya ikut nasihat kakak naqibah

– Bicara Hasan Al Banna –

” Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap. Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini. Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”

studyy