[dialog sembang-sembang 3] adik : kak, camne ye..kalau sesama ahli dalam jemaah. ada yang pelbagai kerenah? yang tak wala’, yang tak thiqah, yang sesama ada dengki.. sedih juga tengok ada yang bercakaran sesama di luar syura.

kakak : manusia ni, pelbagai latar belakang dik. kite kena meraikan perbedaan pendapat. yang senior kita hormati, yang junior kita hargai pandangan atau kritikan. summa masuk bab rukun tu, susah nk tafsir. ia termasuk dalam bab hati. tazkiyatunn nafs, hablumminnas wa hamlumminAllah, itu hanya DIA yang Maha Tahu. cuma, apa yang boleh kak bagi pandangan. sama-sama tegur dgn bilHikmah, perkuatkan lagi pengisian dalam, usrah kena sokmo lah. jangan asek on off je

adik : hmmm, betul kak. tapi, kalau dah ada perbezaan fikrah yang sangat jelas dan maslahah pada ahli?

kakak : bab tu, kena buat syura semula. panggil orang yang ada otoriti utk mendengar, memberi pandangan, membuat keputusan. kemudian, pimpinan akan buat keputusan. akhiran, ahli kena akur dengan keputusan jemaah. jangan pula ckp belakang.

adik : ohh, insyaallah. kadangkala jadi pemimpin ni bukan mudah ye kak? kena berdepan dgn 1001 kemungkinan, tak puas hati, yang tak dengar kata…Allahu Akhbar. dugaan demi dugaan.. berdakwah itu bukan mudah kan kak?

kakak : ye, As-Syahid Syed Qutb berkata:
“Jalan ini tidak dibentangi dengan bunga-bunga dan permaidani merah, tetapi ditaburi dengan duri-duri yang terpacak”.
Dr Yusuf Al-Qardhawi dlm kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan:
“Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan,ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya..

—-
Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabatnya dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan. Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang Muslim pun yang berdoa utuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: ‘Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu”. (Riwayat Muslim no 2732)

IMG-20130211-WA0001