[dialog sembang-sembang 7]

adik 4 : baitul muslim? ape tu kak? boleh ke join?

kakak : pembinaan rumahtangga.. ehem, dah tiba masa? ada calon? hehe
baitul muslim ni, ada banyak metod, banyak juga badan yang mengendalikan utk mematching pasangan. cuma, ambil proses dik. ia satu medium sahaja. kekadang mak ayah/kawan-kawan yg nk kenen.. itu semua jodoh.

Baitul Muslim ialah konsep untuk membina ummah berkualiti.

adik 4 : ooo, kira tempat utk kita mencari. ntahlah kak. sekarang ni, dunia siber. google je, semua dapat. calon-calon panjang je. cuma nk sort. hehehe.

kakak : “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” (HR Tarmidzi dan Ahmad)

berhati-hati dalam memilih. guna orang tengah dan ikhtiar dengan solat istikharah. bercinta selepas nikah..itu yg indah

adik 4 : hmm, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. ameen. kalau nk dapat yang baik, kita perlu bina diri utk lebih baik, kan kak?

kakak : ya! 10 bintang. hehe. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah : 216)

Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini …. adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.

keep on doa ye dik!

—-
‘baitul muslim memperkasa dakwah, memantapkan jemaah!

184967_204098009603637_7983027_n