2012-11-21 23.04.34

[dialog sembang-sembang 8]

adik kembar : kak, saya ada problem skit.

kakak : ye, tentang?

adik kembar : cmne nk tegur di kalangan pimpinan tertinggi, andai dia buat salah? bila ajak berdepan, ada saja alasan. perlu kita pulaukan? atau bincang dengan syura dan ambil tindakan susulan?

kakak : em, kes berat ni. hehe. tengok kes juga. isunye bw mudarat pd jemaah ke? atau isunya peribadi dia..?

adik kembar : banyak dh isunya. kalau saya cerita pada kak 3 hari 3 malam tak habis. hihi

kakak : kalu mcm tu, kite dok berkampung seminggu.hehehe.. cadangan kak, dik buat syura..ajak bersama insan terpilih tu. dia ‘wajib’ ada dlm syura tu. kalau tak datang.. buat lah adegan ‘terkejut’, ‘ambussh’ dating dengan dia.. slow talk dulu. kalau tak makan saman, panggil yg lebih senior atau yg lebih dia rasa hormat dan segan utk berdepan. insyaallah ada solusinya..

tentang isu boikot/pulaukan. sejauh mana u all nk pulaukan..? susah skit bab ni dik. kena cari feri atau bot laju…hehehe

adik kembar : ambui, comei kak gelak.

aduhai kakakku, kami dah penat dan letih nk layan kerenah. kekadang isu kami jalan-jalan, post dlm fb, rehlah..yg bukanlah program formal dlm jemaah.. kemudian bila persepsi..andaian..atau arahan yang tak smpai kepada kami..akhirnya, kami jadi mangsa. huhu..

kakak : kak kena perhalusi dulu kes ni.. ni bab pimpinan. makanya, antunna panggil semua pimpinan.. buat syura dengan kadar segera. kemudian selesaikan. minggu dpn dh final exam kan? settlekan cepat. jangan terbawa-bawa pula sampai ke minggu exm. nanti bila bersemuka..terserempak masing-masing macam tak kenal..moga dijauhkan.

adik kembar : oh, insyaallah. kami perlu panggil sama murrabitah juga mas’ulah kami macam tu. Allahu rabbi..moga ALlah bersihkan taman hati kami.. lurus dan sucikan niat kami.

YA ALLAH,Engkau mengetahui hati-hati ini,Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..ameen

kakak : ameen.. فاستقم كما أمرت
“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Qs. Hud: 112).


“Permudahkan (segala urusan), jangan dipersulitkan, ajaklah dengan baik dan janganlah menyebabkan orang menjauh”. (H.R. Bukhari)

*catitan tambahan : adab dlm jemaah. http://dppwp.wordpress.com/usrah/minggu-4-akhlak-dan-adab-dalam-berjemaah/