DSCN0667

 

[dialog sembang-sembang 9]

adik Ameerah : kak, kawan saya ni.. pimpinan di kampus. tapi, dia telah dicop macam-macam label. golongan intelek lah, intelegence lah, idealisme..tapi, saya tetap cop dia sebagai incredible..hehe.

kakak : emm, interesting. label, jenama, brand. ia tertakluk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, juga di bawah Hak Harta Intelek (IPR). hihi. kak bukan orang bekelayakan utk bidas apetah lagi hujah dan respon bab ni.

adik Nisah : tapi kak.. penat lah. orang dok cite bagai macam-macam. kami ni budak kampus, bikin kompius sudah. itu tak kena, ini tak kena. ni belum masuk isu hal pentadbiran di kampus. nak panggil penulis buku yg latar belakang politik hijau bulan mengambang.. dah kena cancel program. ape kess kak?

kakak : utk jawapan labelling, nanti rujuk pd yg pakar deh. kalu nk cop company Simple Touch, kak boleh cop. hehe. biasalah tu, bila nk buat program baik..benda baik..harus lah ada cabaran. dulu pun, zaman kak belajar di UUM.. dusshhh, sampai Pengarah HEP panggil tu. kena pulak cop..ini persatuan ape? persatuan kelab haram ke? sob..sob..sabaq je laa.

adik Ameerah : ooh, sintok pun ada sekatan ek. hihi. oh ye, kak cmne ye dgn isu fikrah yang tak jelas? kecelaruan identiti?

kakak : uishh, tajuk makin panas ni dik. berat juga kalu timbang..sure lebih berat dr kilogrm kak. hehe. bab pemikiran ni…abstrak dik. susah nk judge. kena rujuk pd yang lebih arif. kalau setakat dgr-dgr, pandang-pandang, jeling-jeling pada orang yg di’label, konklusinya..diam itu lebih baik, kan? yang penting..mantapkan fikrah dgn rajin ke usrah! banyakkn baca buku, berguru, berprogram dan sembang dgn yg lebih senior..pd insan yg sepatutnya..

adik berdua : ok kak. baik..menurut cadangan! syukran!

——–

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” – Imam Hasan al-Basri