sembang-sembang perubatan Islam 1.

adik : kak, saya selalu tengok kak beli air berbotol-botol di Darussyifa’. kak kurang sihat ke? kak berUbat?
kakak : oh, nampak ye.hehe. air tu utk minuman harian di rumah. lagipun beli air tu di Darussyifa’. memang dah terbau terhirup ayat ruqyah.
adik : em, insyaallah betul juga kan, kak. berapa sebotol besar tu kak?
kakak : botol besar rm6, botol sederhana rm2, yg size mineral biasa kecik tu rm1. belilah tanda sokong produk Muslim. kalau bukan kita, siapa lagi.
adik : yeah! insyaallah, pasti sy akan sana lepas singgah PASTi nanti.

—-
ini gambar botol-botol air yang telah dibacakan yassin & ayat-ayat ruqyah. alhamdulillah, jika yg sudah berumahtangga, pakat ajak suami/isteri baca sama-sama. kemudian boleh dinding / pagar rumah. jika duduk serumah dengan kawan-kawan…yok! ajak semua jemaah solat hajat & baca yassin. barulah rumah sejuk, tenang, aman damai.. Insyaallah.

kak ss, rumah sy xde pagar cmne.

aiishhh kamu ni, buat lawak pulak. hihi.

 

2013-06-13 06.34.17

sembang-sembang perubatan Islam 2

adik : kak, camne cara nak pagar@ dinding rumah? sama ada baru masuk rumah baru atau dah rasa rumah lain macam/seram sejuk/panas?

kakak : oh, kalau rasa panas, kuatkan kipas…mesti kes tak cuci kipas.hehe, kalau rasa lain macam..ape kata tukar posisi kedudukan perabot. cat kasi warna hijau..baru sejuk mata memandang. hihi.. itu lawak sampingan je.

andai yg baru masuk rumah..maknanya baru pindah.
afdalnya, azan dahulu dlm rumah.
kemudian, ajak semua ahli dlm rumah..baca yasiin sekali.
niatkan utk dinding rumah, tenangkan ahli dlm rumah, dan dmudahkan urusan semua.
baca yassin sambil air ada di tengah (baca dlm bentuk halaqah afdal), lepas habis baca yassin..

ambil secawan air tadi, renjis satu rumah.
mulakan dari pintu, arah sebelah kanan.. renjis sambil baca ayat kursi..percik di dinding..tingkap..cermin.

haa, tandas..tutupkan pintu bilik air tu. renjis percik di pintu memadai. dah habis keliling rumah.. (jika rumah bertingkat, naik semua tingkat rumah anda, dan setiap bilik yg ada dlm rumah).

dah selesai hingga ke pintu sebelah kiri. ada senior darussyifa maklumkan, baca ayat kursi dalam hati, kemudian tutup mata dan ingat semual laluan tadi. tapi, terpulang ia tidaklah wajib. seeloknya..baca dan amalkan bacaan al quran dalam rumah, solat jemaah, dan imarahkan tetamu ke rumah.

adik : wah, best tips kak ni. terima kasih byk. insyaallah. kalau saya nk panggil kak datang rumah baru nanti boleh?

kakak : uh, buleh insyaallah. nanti sms / call je

————
bahan-bahan yg digunakan seperti air bacaan yassin tadi..
garam kasar & lada hitam digaul sebati (gaul campur sekali)
kemudian.. selesai percik air yassin tadi, boleh renjis (rejam) dan baca ayat kursi pula utk bahan campuran lada hitam & garam kasar td.

cuma kaedah berbeza sedikit. renjis di bawah..bhg bucu-bucu dinding.
**kalau renjis percik ke dinding..alamtnya bersepah satu rumah.hehehe

biarkan bahan itu di tepi-tepi rumah anda dgn kadar 3 hari, 3 malam. kemudian, bolehlah kemas dan sapu.

*** boleh juga nk pagar di luar rumah.. bacaan sama. ayat kursi..renjiskan lada hitam & garam kasar tadi. (rejam bahan tersebut)

ada juga yang maklumkan buat proses ni 3 hari. apepun, lebih baik buat sekali dari tak pernah buat walu sekali.hihi

mohon betulkan info ini andai ada yg terkurang/terlebih. sekadar berkongsi ilmu. wallahu’alam.

tambahan..baca surah al baqarah.. sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :” Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah” ( Riwayat al-Hakim )

539394_527664967246938_1066285073_n