Di antara ciri dakwah ini ialah, Bertahap-tahap dalam mengatur langkah, Menunggu masa, Tidak tergesa-gesa mahu melihat hasil, Kerana Tiap-tiap sesuatu ada masanya yang telah ditentukan.  Imam Hassan Al-Banna, Majalah al-Dakwah al-Misriyyah, Bil. 67

1011220_664884436858323_1730553980_n

bismillah waLhamdulillah. moga luahan rasa dan secicip pandangan ini, dapat dijadikan muhasabah bersama. dalam ku mengatur kalam, menyusun makna, ajari diri ini yg lemah lg kerdil..harapan dan doa, bersama melangkah terus memandang jauh ke hadapan..untuk membangunkan Ummah, memantapkan Langkah, memperkasakan Jemaah. Allahuma ameen!

dialog ini hanya rekaan dan andai mungkin pernah terjadi di mana-mana, anggaplah ia sekadar idea spontan dan pengalaman yang telah dialami oleh penaip ini. sekadar reflesksi diri, untuk cuci dan bersihkan nawaitu… (^-^)

#kak, ape perlu kita join mana-mana jemaah?

* hmm, andai dipilih dan terpilih..alhamdulillah. kita telusuri semula utk apa kita hidup? utk menjadi hambaNya, sebagai khalifah dan tunduk padaNya. justeru selagi kita punya kudrat, punya ilmu, punya kelebihan dalam mana-mana aspek..maka gunakanlah ia di jalan yg sebaiknya.

# tapi kak, kenapa ada macam-macam jemaah? Ikram, Isma, Haluan, Pembina, Nisa’, Tabligh, HT dll? mereka ini berbeda fahaman? adakah saling utk jatuh-menjatuhkan? kalau begitu, baik tak perlu ada byk jemaah.
 PAS, Umno?

* oh Jemaah yg tumbuh semakin hari semakin ada misi dan visi dik. kepelbagaian jemaah jika kita lihat positifnya.. metod dakwah kita dpt dipelbagaikan. cara gerak kerja, pengurusan dll juga punya keistimewaan tersendiri. walhal, di dunia ni pun ada macam-macam mazhab kan? btw, yg dik sebut tadi.. bbeda ideologi, berbeda hala tuju mereka.

kak xnak komen tntg Ikram, Haluan dll. kak bg contoh Nisa’ kerna kak terlibat dgn NGO ini. Nisa’ NGO antara misinya utk melebarkan dakwah utk remaja, belia perempuan khususnya..dan masyarakat umumnya. mana yg baik, kita ikut sebagai teladan dan panduan. Nisa’ punya cara tersendiri..Nisa’ Attitude. program kemanusiaan, kemasyarakatan, kebajikan.. santai..touch golongan remaja perempuan. program yg pelbagai.. punya unit kesenian sukan, kebajikan kaunseling, pendidikan kerja, pembangunan insan dan 3N-nisa’ news network. alhamdulillah, seronok!

PAS, UMNO? itu dah masuk hal politik dik. itu kena sembang seminggu tak habis.hehe.

# pandangan kak pula dgn sahabat yg berlatar belakangkan tanzim dari sekolah..kampus.. kemudian ke alam kerjaya semakin suram. berbanding yang biasa-biasa cuma, tapi masyaAllah bila bekerjaya dia tampak lebih terkedapan dan usahanya sgt membantu dlm jemaah.

* byk faktor kita perlu lihat dik. faktor persekitarannya.. bi’ah sekeliling yg dia dibesarkan..kawan-kawan dia..tmpt bekerja dan niat yg kita xnmpk. hidup berjemaah ni betul..mmg kena byk husnuzon. tapi, kita yg realiti boleh komit ni, harus saling igt mengingat..ajak mengajak..tegur menegur.

seharusnya yg dah ada tanzim..yg dah ditamrin pelbagai tahap sudah punya kekuatan dlmn dan kelebihan di situ. bezanya tgk pada situasi..maslahah dan mampu vs mahu je dik.

ok, kak bg senario kronologi.. jika seorang ni mmg sudah dlm tanzim. dlm kampus lg dah komit dgn kawasan…dh bljr dan activate dlm kawasn.. lps konvo, dia ada inisatif utk gerak dan mencari.. maka, situ kita lihat ada MAHU dan MAMPU.

walakin, bila individu lain pula, dlm tanzim.. tapi lps konvo dia ada kekangan kembali ke kg, dgn masalah logistik, famili dll..so, di situ juga ada sedikit kerugian jika dia tidak berani utk keluar dr kondisi / kepompong masalah tersebut. dia punya (MAHU) utk mencari kerjaya dunia di luar kawasan. tetapi dek kerana MAHU itu dipadamkan…ironinya pudar.

cuba kita lihat konteks lain pula. individu ni bukan dalam tanzim d kampus. tetapi dia MAHU mencari sesuatu utk memperbaiki diri. dia join program sana sini..dan akhirnya dia FAHAm dan terus komit dlm jemaah tersebut. walupun kondisi famili BUKAN faham/ atau family yg mmg FAHAM.. ia bukan suatu halangan. hanya MAHU dan MAMPU utk diteruskan atau tidak. kekuatan dalaman dan luaran merupakan titik tolak dia, dik.

# hmm, betul kak. sy setuju pandangan dan pengalaman kak tu. ada beza ke, bila gerak kerja di kawasan, negeri kemudian ke pusat dengan yg tiba-tiba join terus ke pusat.. ini bg kes dia mmg dlm tanzim.

*😉 haruslah ada beza dik. bila di kawasan..kita bergaul dgn pelbagai latar blkg manusia. bila buat program, rasa susah senang. bila pula kena deal dgn muslimin, pihak ADUn dll..kita dh biasa kena smashh, caci maki ..kira dh tebal muka la. hehe

kemudian kita  dilantik ke Negeri.. berdepan pula dgn mak-mak, muslimat yg byk pengalaman, mcm-mcm disiplin ilmu. kalau dpt duduk dgn mereka, subhanaAllah bljr lg byk tntg dunia dakwah ni, dik. walupun kekadang tgk makcik kakak ni biasa je..spm srp je. tapi, kekuatan utk bekorban, berjuang sgt tinggi dan luar biasa. tak terjangkau dek kita yg muda ni dik.huhuhuu.

akhirnya bila kita di Pusat..kita akan bertukar view. pandangan helikopter dgn naik moto..basikal xsama dik. bila jadi pemimpin ni, kena byk berbincg, mendgr dari pelbagai pihak, turun ke padang rasa sama susah.. tuntasnya, jika tahap ini dituruti oleh individu tersebut..dia sudah masak dan merasa jatuh bangun, turun naik utk berprogram dsb.😉

sangatlah berbeda yg tiba-tiba jika dia mmg famous dlm kmpus, jd MPP ke..moderator speaker ke.. tup naik ke Pusat. dia belum bljr dlm kancah utk berprogram di kawasan/negeri. prosesnya lebih byk dan ambil masa utk dia adapt situasi dan fenomena tu, dik. di sini, dia perlu lebih bersifat lapang dada, byk belajar dan mendengar. ilmu teori dan praktikal jauh beza dik. simpulnya perlu lebih aktif dan bykkn join prgram …musafir utk melihat pemandangan dan belajar dari segenap sudut.

# wahh, begitu sekali ye kak. Allahu Akhbar, camne ye saya nanti. dah nk habis belajar ni. hala tuju nak ke mana? sambung master, kerja, kahwin dll. moga Allah permudhkn urusan.

* insyaallah dik. sekadar pesanan kak utk diri sendiri dan muhasabah bersama. selagi 5 perkara Allah bg pd kita..muda sblm tua..sihat sblm sakit dsb.. sucikan hati..niat utk terus komit..bantu mana yg terMAMPU. MAHU dan berAlasan yg membezakan. bila kita niat insyaallah.. nk bntu. Allah akn lorongkan jalan mudah.

bila kita rasa susah..xde transport..xde duit..tapi, kita punya niat yg tinggu utk pergi program..bantu program..insyaallah jalan yg mudah pasti Allah tunjukkan. ameen.

keep on usrah, pergi prgram kawasan…join tamrin dan keep in touch. yg penting hadam sebaiknya rukun 10. bersikap wala’ pd pimpinan dan jaga hati, jaga iman, jaga amal. moga Allah sentiasa bersihkan hati-hati kita.. ameen ya Rab!

insyaallah nanti kita bincg kontek yg dh kahwin..bila dik dah nk berwalimah..hehe.. kita sharing moment. stay strong dik!

* Allahu akhbar! hehe..insyaallah jazakillah kak!

——-

a7

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..InsyaALLAH.

a8

Jika kita tidak mahu membina jamaah jangan pula kita meruntuhkan jamaah. Jika kita malas untuk buat kerja jamaah jangan kita halang orang hendak bekerja dengan jamaah. Kalau kita tidak menyumbangkan apa-apa pada jamaah, jangan pula kita buat kerja untuk menumbangkan jamaah. Kalau kita tidak mahu buat kebaikan pada jamaah, jangan kita menyusahkan jamaah. Kalau kita tidak tahu fakta dalam jamaah, jangan kita buat dusta pada jamaah. – YB Ustaz Idris Ahmad

a9

Doa Memohon cahaya Ilahi, sebagaimana yang diajarkan oleh junjungan nabi tercinta.
” اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا ، وَفِي بَصَرِي نُورًا ، وَفِي سَمْعِي نُورًا ، وَعَنْ يَمِينِي نُورًا ، وَعَنْ يَسَارِي نُورًا ، وَفَوْقِي نُورًا ، وَتَحْتِي نُورًا ، وَأَمَامِي نُورًا ، وَخَلْفِي نُورًا ، وَاجْعَلْ لِي نُورًا “

Ya Allah, Jadikanlah cahaya di hatiku,Cahaya di lidahku,Cahaya di pendengaranku,Cahaya di penglihatanku,Cahaya dari belakangku,Cahaya di hadapanku,Cahaya dari atasku,Dan cahaya dari bawahku.Ya Allah, berilah aku cahaya. Amin.

~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim~