Jambatan Istiqomah

Kutelusuri denai itu
Mencari makna sebuah kehidupan
Jalan yang penuh berliku
Ditaburi duri nan khazanah alam
Bonggol kayu,serpihan batu,reranting bergelimpangan melata
Allah,diri ini mengadu dek ujian sekerdil itu..

Kumelangkah lagi mara..
Rantai sabarku mula tersentap
Ikatan tabah serta genggaman tenangku dicantas kikis
Tampak uncang kental yang dikunci mula terbuka
Ya rabb,mehnah trebulasi mula melilitku..
Percikan domba fitnah bertubi deras
Mampukah aku terus menapak lagi?

Berderap langkah kuteruskan jua
Bertebar lelah berciciran peluh terus mencicip
Aku mulai longlai hampir terkulai
Sesekali terjelepuk tersadung kugagahi melawan arus
Ya Hayyu Ya Qayyum
Kembalikan sampul berisi vitamin kuat
Salurkan bius gagah terus ke tulangku
Padamkan virus hati dalam segenap rongga

Ya Latif Ya Fatah
KAU lorongkan jalan mujahadah buat hambamu
KAU calitkan cat tadhiyyah jihad dibajuku
KAU renjiskan sifat qanaah dibaluti tawadduk dalam jilbabku

Ya Rahman Ya Rahim
PadaMu kumemohon
Berikan hambaMu petunjuk
Berikan hambaMu kekuatan
Berikan hambaMu pertolongan
Berikan hambaMu kemudahan dalam setiap urusanku
Aku lemah aku tak berdaya
Tanpa bantuanMu ya Allah

Ampunkan dosa-dosa hambaMu ini ya Allah
Berkatilah amalanku yang sekelumit ini ya Allah
Timbangkan amalanku yang seinci ini ya Allah
Ya Allah yang Maha Mendengar
Terimalah hajat hambaMu ini…
Ameen ameen ya rabbal alamin.
6.55am 14 Julai 2013@Melakatumblr_m85e42P4v71r0cjklo1_500