mari menyumbang!

InshAllah pada 13-16 September 2013 ini, Muslim Care Malaysia Society dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Nisa’ Malaysia dan Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi akan mengadakan Misi Dakwah Sabah di Tawau/Semporna/Pulau Mabul.

Untuk makluman di Pulau Mabul tidak terdapat klinik kesihatan kerajaan mahupun swasta. Penduduk terpaksa bergantung kepada ubat tradisional sekiranya ada diantara mereka jatuh sakit kerana kos pengangkutan ke tanah besar agak tinggi yang di luar kemampuan mereka. Pegawai kesihatan kerajaan hanya datang melawat ke pulau tersebut setahun sekali. Oleh kerana itu misi kali ini kami fokus kepada perubatan & sunathon selain program dakwah yang lain.

Aktiviti Utama adalah seperti berikut:

1. SUNATHON (BERKHATAN BERAMAI-RAMAI)
2. PEMERIKSAAN KESIHATAN DEWASA
3. KLINIK PERGIGIAN
4. SMART SOLAT & KLINIK AL-QURAN
5. SUMBANGAN KEPADA KELUARGA FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL & MUALLAF
6. MAJLIS ILMU – FEKAH & TAUHID
7. PERUBATAN ISLAM
8. MOTIVASI PELAJAR/REMAJA
9. BENGKEL PENJAGAAN KESIHATAN KELUARGA

Kami mengharapkan sumbangan dari rakan2 FB untuk menjayakan misi ini InshAllah. Sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Zakat untuk keluarga Fakir/Miskin – RM50/sekeluarga
2. Wakaf Al-Quran – RM20 senaskah
3. Sumbangan kos perubatan dan khitan beramai-ramai.

Sumbangan boleh disalurkan kepada
Maybank Account: 564490211159 Muslim Care (Viva Palestine)
RHB Account: 26-2120-0000-4747 Muslim Care

Maklumkan tujuan sumbangan kepada Tn Hj Razak di 0122067233

Misi ini di harap membuahkan natijah yang bermakna untuk perkembangan Islam di Sabah. Ianya juga merupakan kesinambungan daripada dakwah Islam yang digerakkan oleh pencinta-pencinta Islam bagi menyuburkan penghayatan cara hidup Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga usaha yang kecil ini mendapat keberkatan & keredhaan Allah swt. Amin.

(mohon sebar promo ini di wall masing-masing)