bismillah.. alhamdulillah, eid adha yg lalu berkesempatan pulang ke kg halaman @ Sitiawan,Perak. 

mak abah ada ambil bhg dlm korban. kami adik beradik semua balik kg.. meriah!  kak nor& abg din (kak long), abg jas & kak jun (pak ngah),

ss & husbnd (pak lang), ain & salam (pak teh), aishah & faizul (pak tam), juraij (pak cik) & adik bongsu Fatin (mak su).

awal pg, ke masjid bersama mak..menunaikan solat eid adha. usai solat, kami bergegas pulang dan bsiap ke surau di blkg rumah.  anak-anak sedara turut join..  abg nazmi aqil, auliya & arif khusyuk melihat lembu yg telah rebah ke bumi.😉

alhamdulillah, kecil-kecil anak-anak ni dibawa bersama…ajari anakmu erti korban yg sebenar. kisah sahabat nabi.. yg begitu wala’ dan tsiqah terhadap perintah Allah. Allahu rabbi..

ss titipkn galeri buat tatapan semua..😉 oyeahhh!

 

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah s.w.t. pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah s.w.t. sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)