bismillah..

alhamdulillah, khabarnya ramai menanti muktamar DMPNS? hehe, istimewakah DMPNS?😉 negeri yg sentiasa menjadi bualan di bibir-bibir pimpinan mahupun pemerhati jauh.  ‘Muktamar adalah ruang terbaik meletakan hala tuju perjuangan, memperkemaskan gerak kerja dan memantapkan semangat juang dalam usaha menyatukan fikrah dan amal. Maka muktamar adalah medan menyatukan hati dan wala kepada Jamaah dalam memperkemaskan perjuangan. Ia medan meluahkan rasa untuk melihat jamaah lebih kukuh dan ampuh. Bukan medan melepaskan geram dan ketidakpuasaan hati atau ingin menonjolkan diri. Jauh sekali menjadi agen berkempen bagi calon yang ber tanding. Moga dilindung Allah dari merendahkan calon kepimpinan yang tidak disenangi.

Para perwakilan datang dengan amanah! Mereka datang bukan dengan mewakili diri sendiri biarpun kebanyakannya memilih menggunakan wang sendiri untuk mewakili parti. Menggunakan wang peribadi bukan alasan untuk membuat keputusan peribadi! Sebahagian kawasan telah menentukan wakil yang akan berucap. Ia telah dibincangkan dalam mesyuarat kawasan. Ia membawa aspirasi dan suara kawasan dan bukan suara hatinya. Jika ia lebih membicarakan suara hatinya ia dikira KHIANAT terhadap amanah! melainkan kawasan yang memberi kebebasan kepada wakil mereka.. tentunya kawasan tersebut tidak beramanah terhadap ahli bawahan mereka!  (ss quote dlm blog seseorang😉

emm, pernah suatu ketika menjadi perwakilan. bukan mudah memegang amanah.. berada di  barisan hadapan bersama pimpinan yang lain, aduhai.. melihat di bahu kanan kiri yg sentiasa menjadi pemerhatiku.. huhu.. ya Allah ampuni dosa-dosaku….

kondisi dikala menaip ni, sedikit keletihan. namun, terasa nk menaip dek lama tak menulis dlm blog.. maka, mengepos topik yg panas juga ni..heheh. menanti muktmar DMPP Nov ni.  nantikan bakal-bakal calon & pemenang utk memegang tampuk DMPP 2014😉

okeylah, penat dh. stop dulu.. selamat menatap gmbr kenangan muktamar DMPNS😉

 

Sesungguhnya Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah telah menggariskan di dalam risalahnya “Ilasy-Syabab” rukun-rukun kejayaan. Dia berkata: “Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keimanan kepadanya kuat, keikhlasan yang sempurna dalam merealisasikannya, semangat (hamasah) yang membuak-buak dalam memikulnya, serta wujud kesediaan untuk berkorban dan beramal demi menegakkannya.” Dari kata-kata ini kita dapati rukun kejayaan itu empat perkara: iman, ikhlas, hamasah dan amal. Rukun-rukun ini merangkumi aspek ruh dan aqidah (iman dan ikhlas) di samping aspek amal dan pelaksaan (hamasah dan amal). Ini merupakan gabungan yang sungguh cantik, semangat (hamasah) pemuda, pengarahan yang baik, kemantapan fahaman, mendahulukan aspek aqidah daripada yang lain.