bismillah walhamdulillah. selawat dan salam buat junjungn besar Nabi Muhammad s.a.w.  selesai sudah perkampungan itmm II, 2013. pelbagai sua rasa ditelan, dirasa dari awal mesyuarat pertama hinggallah selesai program. menunggu post mortem akhir untuk menaik taraf itmm III.

itmm I (12-13 feb 2011), itmm II (8-10 Nov 2013), itmm II 2014 xxxx😉 tunggu aje ler bile😉 insyaallah somewhere di pantai timur.

keseluruhan ajk hampir 55 orang pada awalnya. kemudian berkurang sekitar 45-50 orng. begitu juga peserta dlm jangkaan metg akhir sekitar 200 orang. namun hari yang berlangsung itmm, ditakdirkn jumlah itu yg hadir..maka merekalah insan yg terpilih olehNya! alhamdulillah, mabruk!

menjadi seorang ‘pengarah’ bg program besar mengajar erti sabar, mendidik jiwa menjadi lebih tabah, mengurut nada tenang dan mengukir senyum yang kadangkala rasa kelat, masin, masam dan manis. hehe.  ater, saboo je laa.😉 [loghat org perak]

menghandle n mengUrus pelbagai latar blkg jurusan, lapisan umur dan kerjaya, perlu dgn lenggok dan hikmah yg penuh berseni. apetah lg ada yg bergelar kakak, adik dan pimpinan. namun, perlu faham konteks adab etika dlm slot Mesyuarat, Post Mortem, brainstorm dan program bermula..

post mortem-

Tujuan mesyuarat post-mortem dilakukan adalah untuk mengenalpasti, mencari, mengeluarkan, mengorek atau melihat kepada dua perkara yang penting iaitu:
1. Mengenalpasti perkara yang baik supaya menjadi panduan kepada AJK yang seterusnya untuk menganjurkan program yang sama atau sama sepertinya.
2. Mengenalpasti masalah yang timbul jadi perancangan program, proses, komunikasi dapat ditingkatkan pada program akan datang supaya masalah dalam penganjuran program dapat dikurangkan.
Mesyuarat post-mortem selalu memberi cabaran kepada organisasi dalam mengendalikannya agar tiada kesan negatif kepada persatuan dan moral seorang insan.
Mesyuarat post-mortem perlu diadakan walaupun terdapat unsur-unsur yang JAHAT tetapi PENTING untuk pengalaman dan KAISZEN (penambahbaikan) yang positif untuk organisasi dan individu yang telibat. **kredit dlm blog.

oleh hal demikian, semua inti pati dlm post mortem perlu diterima dgn hati terbuka, lapang dada dan tidak perlu exposs di mana-mana lama muka buku, twitter dsb. semua teguran, sama ada direct, indirect pada unit/orang tertentu utk penambahbaikan. tiada unsur lain yg ingin menyakitkn hati dll.

ss berpengalaman kendali mesyuarat yg punya ramai bilangan fasilitator, ketika kem di Maahad Ahmadi Gemenceh, n9. bayangkan semua fasi kami tak kenal, sekadar kenal dlm alam maya. nah, fasi muslimin sekitar 35 orng, fasi muslimat sekitar 38 orang.. post mortem kami hingga jm2.30 pagi.hehe, semua dh kuyu, terlelap pun ada masa post mortem. tapi, itu lah masa yg ada utk kita perhalusi next slot, agar slot seterusnya lebih tersusun dan nampak kemas!

begitu juga pengalaman semasa kendali Jambori Nisa’ Selangor 2009. semua ajk dari tiap nisa’ kawasan. selangor ada 22 kawasan. belum masuk tim fasi hampir cecah 60 orang : tim fasi A : 30 orang, tim fasi B : 30 orang. makanya, skill dan tahap kredibiliti dan gaya professional perlu ditunjukkan dlm setiap peri laku ke ats semua ajk, sama ada pimpinn atasan atau fasi.

semua pendapat diterima baik, apabila satu tim program perlu ada sifat timbang rasa, tanggungjawab, tolak-ansur dan saling bantu. insyaallah bila mana kita semua satu hati, semua perancangan yg terkurang dan tempang di mana-mana …boleh di top-up oleh semua ajk, mereka akan mengisi dan di situlah bantuan askar-askar/tangan-tangan Allah membantu menutup kelompangan tersebut.

aiwah, indahnya hidup bila bertemu dan berpisah atas satu niat, dan sentiasa bersifat wala’ pd komitee.😉

tulus dari hati, juga mewakilkn semua pelaksana..semoga pengisian yg diberikan sepanjang itmm II dpt memberi pulangan dan input buat adik-adik/kakak-kakak membawa bekalan ke akhir zaman. panjangkan ilmu dan pengalaman dari semua panel. insyaallah jumpa lg next itmm III di Pantai Timur 2014.

salam kemaafan dari kami soff itmm II. insyaallah jumpa lg next prgram.. sirru ala barakatillah! salam juang!

salam  sayang dari kak ss a.k.a simple-shida | stay strong !