bismillah walhamdulillah. mood ingin menaip makalah.. asalnya nk menyambung smgt menulis tesis..hehe, ups terlunjur nk menaip makalah lain. tampaknya kurang fokus ss ni. haha. sabo je laa. mencari ilham lantas mengSkipp seketika mood tesis. ahakss

sure ramai yg penah soal anda. awak ni ada bakat jd pendakwah.. awak ni bgus laa bercakap..awak ni patut jadi pendakwah.

juga acapkali kite dengar jwpn ni, aku biasa-biasa je. aku bukan background sek agama, sek pondok. aku tak de dgree islamic pun.

aku ni engineer.. tak de background agama ar. xleh jadi pendakwah …bla…bla..bla..

1385520_627914487228887_2061705610_n

————

walu apepun jawapan dan soalan yang diajukan pada kita atau yg pernah kita dengar.. terimalah hakikat bahawasanya kita semua penDAkwah ! sama ada tegar, sedar dan peduli sahaja dlm diri kita punya sifat memberi, menerima dan fitrah itu telah diciptakanNya sejak azali. same goes to guru.. mereka juga menjadi pendakwah, mendidik jiwa-jiwa anak bangsa menjadi modal insan mengenal erti huruf, membaca, mengira etc.

profesion Dr sekalipun, juga ada jiwa penDakwah yakni merubat, memberi rawatan pd pesakit sambil memberikan tips kesihatan…. jaga kesihatan ya makcik, kurangkan makanan yang berminyak, pedas, bla..bla.. nah, ini kan juga dinamakan pendakwah.

seorang pemandu taxi juga, ada sifat penDakwah. bilamana taxi dinaiki penumpang, berbual sambil memberikan respon yang positif, memberi nasihat… itu juga diberi nama pendakwah !

jurujual, merupakan pendakwah juga. kejenya di mesin kaunter, kadangkala menegur sikap pelanggan, ditegur dan menutur kata-kata terima kasih juga dinamakan berDakwah bil hal.😉 nah, mudahkan…

pendakwah tidak kira pangkat, darjat, kuasa, degree, master, sijil sekalipun di mana-mana kita adalah pendakwah.

tukang kebun juga pendakwah.. menanam pokok, landskap taman di sekolah atau mana-mana premis syarikat.. beliau juga berbakti kepada masyarakat.. sekalipun dengan alam semula jadi😉 nah, indah nya Islam ! sure, ISlam is the WAY of LIFE !!

999630_655582394462096_491611616_n

—-

membina jiwa Pendakwah. 

seorang pendakwah perlu ada ILMu, ilmu yang pelbagai bidang disiplin. tidak kira dunia mahupun ukhrawi. sains, teknologi, ekonomi, muamalat, perbankan, sejarah, psikologi, fardhu ain, fardu kifayah dll. kini pembagai media sosial mudah utk dilayari, youtube, facebook, video dsb. tekan keyboard…click enter😉

nasihat juga perlu diterima, bilamana diberi nasihat, teguran, tohmahan..ianya dugaan untuk melakukan kebaikan. sentiasa mengambil manfaat dan berlapang dada atas segala kritikan mahupun teguran😉 ia sekaligus refleksi dan koreksi diri !

malu? ohh, kadangkala betul malu perlu bertempat. namun, utk berdakwah yg benar-benar ‘ kulill haq walau kanan murrayan’ maka.. anda perlu bertegas. menegakkan yang hak ! berkatalah benar walaupun ianya pahit. jiwa pendakwah perlu berani dan sabar serta tenang dalam melafazkan kalam.

juga, perlu kena dengan gaya metod dakwah. ada kala perlu berLembut, ada kala perlu bernada Tegas. seharusnya tidak hanya seHaluan.. dengan erti kata berDakwah pada sesuatu kelompok sahaja. perlu bercampur dengan masyarakat yang berbilang bangsa, lapisan warna kulit dan agama.  art your  tools of da’wah !

—-

Sabda Rasulullah SAW :
“Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, disediakan tempat baginya daripada api neraka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan al-Tirmidzi)

“Setiap Orang Mendapat Ganjaran Yang Berpanjangan Untuk Setiap Pertolongan Yang Diberikannya. Sesiapa yang memberi Syafa’at yang baik, niscaya ia kan memperolehi bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan Syafa’at yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Surah An-Nisa : 85)

ps.jpg

——

justeru, kita semua pendakwah ! jadilah insan yg bemanfaat kepada semua, namun tidak sekali menjadi liabiliti kpd ummat.. teruskan menuntut ilmu, kerana menuntut itu wajib ke atas setiap muslim, terbanglah setinggi seluas langit ilahi, agar dirimu dibekalkan dengan ilmu yang bermanfaat buat umat sejagat!

bergaullah dengan alim ulama, orang yg soleh, agar diri kita juga turut terkena tempias ke atas setiap kebaikan dan disebarkan mereka..ameen. sentiasa menghadiri majlis ilmu, berguru dan imarahkan usrah dan majlis ilmiah. jom, jadikan dirimu insan berharga kepada agama, bangsa dan negara ! sirru ala baratillah.. salam juang !

1456722_741443065883689_1888551131_n