bismillah walHamdulillah. lama juga tak de entri baru dlm blog ni. dek tugasan, program dll maka lama juga sunyi. terasa ptg yg dingin ni..ingin meluah..menaip..express diri😉

alhamdulillah, pujian buat sang Pencipta, juga selawat dan salam utk junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w serta pada s ahabat baginda, buat kedua ibu bapaku..ibu bapa mertua, adik beradik, sahabat handai dan seluruh ummatMu…semoga kita sentiasa dlm jagaan dan rahmat kasihNya..

pelbagai dugaan, ujian yg telah dialami, dirasai, dihujani, ditaburkan oleh Maha Mengetahui. pasti dan pasti semua itu ada hjkmah sebaliknya yg sama ada kita tahu, belum perasan, peduli dan sebagainya wallahu’alam.

wabak denggi…panas berlarutan..jerebu.. kehilangan MH370.. isu konsert..bomoh dan prk kajang yg tak kurang hangatnya meniti di bibir masyarakat yg cakna dan peka terhadap isu semasa. kita semua diUji…tanda Allah sygkan umatNya..Allahu akbar..

berita kehilangan sahabat-sahabat seperjuangan… berita gembira kelahiran cahaya mata juga dari sahabat handai.. mewarnai kehidupan kita seharian.. kehidupan ini bak suatu bulatan…pusingan.. yg pasti berpusing mengikut putarannya.. namun, jika terhenti atau tersasar dari landasannya..pasti ia mengungkaikan pelbagai spekulasi…membawa tanda dan isyarat dariNya.. uhh ujian buat hamba nan terpilih..

 

—-

feb sudah berlalu.. mac juga akan pergi tak lama lagi.. alhamdulillah, tampak diberi kesempatan dari sahabat teman untuk berkongsi sedikit ilmu.. dalam pengurusan strategik.. dalam ilmu psikologi..😉

rutin bertemu Dr makin hari makin acap tampaknya.. namun, bila memikir tesisku..ohhhh ;( hehe. no komen rite now. hehe. aduhai, saboo je. not yet in mood. what to do😉

melirik mata..eh dh mampir waktu maghrib. yok! harus slow n stop utk get ready solat. mohon doa-doa buat ss, agar sentiasa sihat..kuat.. sabar dan tabah melalui ujian dan dugaan dariNya.. Allahumma ameen!

 

—-

utk penutup..nk titipkan nota yg best ni.. jom, baca dan hayati !

Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber
Idris Haji Ahmad
13/3/14

Kejayaan satu usrah bergantung kepada kewibawaan naqib yang memenuhi ciri-ciri seorang naqib. Kegagalan usrah berpunca daripada naqib yang tidak memenuhi kriteria naqib. Naqib tidak boleh ditangkap muat begitu sahaja, walaupun dia seorang ustaz, belum tentu dia mampu meletakkan dirinya seorang naqib yang berjaya.

Ciri-Ciri Naqib

1. Berilmu.
Naqib mesti mempunyai ilmu, jika naqib kosong kepala macam mana beliau hendak menjelaskan kepada anak buah usrahnya. Sebagaimana pepatah Arab menyebut ” Orang yang fakir macam mana beliau hendak memberi”. Mereka yang ada ilmu akan menarik minat ahli usrahnya. Jika naqib tidak memiliki ilmu dan pengetahuan yang luas bagaimana ia hendak meyakinkan orang lain untuk memahami perjuangan. Naqib mesti bersedia untuk menimba pengetahuan tanpa jemu-jemu. Tidak ada istilah pencen untuk seorang naqib mendapat ilmu. Bukan sahaja mereka menguasai ilmu agama, malahan juga ilmu dunia, isu semasa dan isu-isu orgnisasi. Usrah sentiasa segar jika naqib memiliki mutiara-mutiara yang berharga untuk dibawa balik setelah menghadiri usrah. Mahu tidak mahu, naqib mesti memaksa dirinya untuk membaca dan membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan usrah.

2. Yakin Dengan Perjuangan

Naqib mesti yakin dengan perjuangan Pas yang berteraskan Islam. Landasan ini akan dipegang samaada sewaktu kalah atau menang. Beliau mesti yakin inilah akidah perjuangan yang tidak pernah luntur daripada batang tubuh perjuangan Pas. Islam membawa rahmat kepada semua. Beliau tidak boleh menjadi orang yang musta’jilun ( gopoh) untuk cepat menang sehingga mengenepikan soal prinsip perjuangan. Keyakinan ini yang ditanam di dalam diri ahli usrahnya.

3.Pernah Ikut Tarbiah

Hendak menjadi naqib usrah ia perlu juga mengikuti usrah baru ia boleh membawa usrah. Jika beliau tidak memahami usrah bagaimana beliau hendak membawa usrah kepada ahli usrah. Usrah mempunyai seni yang tersendiri, ia bukan ceramah umum, ia bukan kuliah maghrib. Tetapi ia adalah majlis meyakinkan fikrah perjuangan, membina peribadi ahli Pas, dan meniupkan semangat perjuangan. Lebih banyak muhasabah diri dan muhasabah dalaman, kurang mengkritik orang lain. Naqib yang biasa mengikuti program usrah sahaja yang mampu membawa usrah. Barulah akan lahir satu natijah kemanisan berusrah di kalangan ahli usrah. Program usrah dinanti-nanti kerana ia majlis yang menyeronokkan, bukan yang membosankan. Kenapa majlis usrah seronok? Jawabnya kerana naqib berpengalaman dan naqib berpengalaman di dalam usrah.

4.Suri Teladan Yang Baik

Naqib akan menjadi qudwah hasanah kepada anak buahnya. Izzahnya mesti dijaga di pandangan mata ahli. Jangan hilang thiqah ahli kepada naqib, apabila mereka melihat akhlak naqib tidak menepati piawai seorang yang berakhlak mulia. Naqib mesti bercakap serupa dengan perbuatan. Istilah, lihat apa yang saya cakap, bukan siapa yang bercakap tidak boleh digunakan oleh seorang naqib kepada ahli usrah. Peribadi naqib, isteri naqib, anak naqib, keluarga naqib semuanya menjadi perhatian di kalangan ahli usrah. Kesan yang mendalam akan dirasai oleh ahli usrah apabila memerhati peribadi naqib yang membuat apa yang dia cakap. Jika naqib sendiri tidak berjihad, macam mana ahli usrah hendak berjihad. Jika naqib kedekut macam mana ahli usrah hendak bersifat pemurah. Jika anak isterinya sendiri tidak terlibat dengan Pas macam mana orang lain bersemangat dengan Pas. Jika ahli keluarga naqib tidak menutup aurat macam mana anak buah hendak hormat dengan naqib. Semuanya tepat sepert kata-kata hukama’ “Lisanul Hal lebih berkesan daripada kata-kata”. Ahli psikollogi berkata manusia lebih senang memahami bahasa mata daripada bahasa lidah.

5. Mesti Terlibat Dengan Pas

Usrah bukan hanya memindah ilmu kepada pendengarnya, tetapi ia hendak membina fikrah ahli dan pembinaan parti. Macam mana naqib hendak membina parti jika beliau sendiri tidak melibatkan diri dengn Pas. Beliau sendiri tidak memahami struktur perjalanan parti. Jika ini berlaku untuk jangka panjang ia akan bertentangan dengan fikrah perjuangan parti. Lama kelamaan ia akan mewujudkan jamaah dalam jamaah. Naqib akan membawa fikrah peribadi, bukan fikrah jamaah. Segala keputusan parti tidak selari dengan apa yang beliau sampaikan dalam usrah. Misalnya dia tidak memahami Tahaluf Siasi yang sudah diputuskan oleh Majlis Syura, tetapi beliau membuat pendekatan yang tersendiri, akhirnya menimbulkan masalah kepada parti.

6. Kesungguhan

Pepatah Arab bermaksud “Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat “. Kunci kejayaan segala amalan ialah sifat kesungguhan di kalangan naqib. Tanpa kesungguhan, usrah tidak akan berjaya. Biasalah, kadang-kadang kita sebagai naqib datang anak buah tidak datang. Kerana usrah di dalam Pas perlu ada kesungguhan. Tempatnya jauh, pendalaman terutama ahli Pas di kampung-kampung. Orang yang mempunyai kesungguhan sahaja yang boleh melaksanakan usrah.

7. Sabar

Di dalam perjuangan perlu kesabaran, begitu juga sebagai naqib perlu ada kesabaran. Bukan senang untuk memahamkan akidah perjuangan kepada ahli usrah. Penekanan kepada ahli usrah mengenai akidah perjuangan perlu kepada kesabaran. Penekanan diberi kepada ahli usrah ialah perkara sam’iyat, dosa dan pahala bukan perkara yang dapat dilihat. Perlu ada kesabaran untuk meyakinkan ahli usrah.

302624_299493766730727_1218451191_n