cerita politik sana-sini menggemparkan lg mengFemeskan negeri Selangorku Sayang..hehe. bak ayat YB.. kami jadi femes sebab hari-hari ada wartawan dtg dpn bilik😉 sebelum ni, kureng xdok le sgt. hihihih..

ape yg penting…. suburkan rukun 10, dgr n dptkn info dr maklumat yg sohih, jgn cpt melatah…jaga adab dlm berjemaah😉

penulis agk membizikn diri utk task tesis master yg belum berkesudahan.. mohon doakan ss keep strong! insyaallah once selesai jilid, blog akan diaktifkan dgn perihal input…sharing is caring!

sept- muktamar, ijtimak, anniversary, tahnik anak etc. short n simple for this post. harap bersabar lg berTabah!

—–

10687176_921239557889475_7275462474669795526_n

UST TUAN IBRAHIM TUAN MAN
IJTIMAK PAS SELANGOR
7 Sept 2014

1. Tiada kekuatan Individu sahaja dalam PAS. Dalam sejarah PAS yang buat buku Usrah la yang keluar PAS.

2. Kekuatan kita hanya satu: Ikhlas dalam perjuangan

3. Perjuangan kita panjang, dengan umur kita tak cukup. Mesti diwarisi kepada anak2 muda yang nak teruskan perjuangan kita.

4. Ini gelombang biasa dalam politik, kita parti besar mesti bersedia dengan krisis lebih besar. Kalau jaga 14 negeri lebih besar. Kita mesti jiwa besar dan berfikiran besar.

5. Gerakkerja PAS banyak, Musuh PAS tahu PAS tak bleh pecah dengan isu2 luaran. Mereka berusaha pecah melalui isu dalaman.

6. Musuh usaha masukkan elemen musuh dalam PAS untuk pecahkan PAS. Jangan bawa suara musuh dalam jamaah hingga timbul keraguan sesama kita dan jangan sebarkan benda tak baik sekalipun betul. Zaman fitnah. “Baadiru Bil A’maal.. hingga akhir (Hadith)”

7. Umar dengar hadith ini dan panggil ubay bin kaab dan tanya: Apa yang kau faham berkenaan hadith ini? Ubay bin Kaab jawab: Kematian kamu. akan disusuli dengan fitnah yang berterusan.

8. Cabaran kita media baru yang tidak boleh kawal. Fitnah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada yang mengejutkan fitnah. Allah melaknat.

9. Kita bukan sahaja parti yang paling awal sertai pilihanraya, kita juga paling awal untuk terjemahkan Islam Rahmat untuk semua. Ditengah2 umno kuasai ketuanan Melayu. Kita tampilkan dengan Rahmat Untuk Semua (Bukan melayu, muslimin dll sahaja)

10. Rahmat Untuk Semua sbbkan PAS jadi parti sangat penting. Parti lain terpaksa buat anjakan persepsi terhadap PAS.

11. Pakatan Rakyat ada borang masuk sahaja. Borang keluar tak ada.

12. 2 Sahaja batalkan tahaluf. Muktamar dan Kita langgar batas2 Tahaluf. Kita kene jaga batas2 tu.

13. Dalam PAS ada dewan2. Bertanggungjawab lebarkan pengaruh PAS dalam dewan2. MSU kawal dan pandu parti kita.

14. Kita berjaya terjemahkan dalam kemenangan di selangor ni. Bagi ruang untuk kita sebarkan Islam. bangga Masjid hidup. dan dapat buat kebajikan pendidikkan dan lain.

15. Kita buka
jalan. Orang nampak Islam bukan hal2 taabud sahaja tapi Islam itu konteks yang lebih luas lagi.

16. Gelombang ini mmg besar. Turun laut, bila gelombang besar kita tak bleh memancing. Tapi lepas ribut biasanya akan tenang sungguh.. Ana yakin lepas gelombang ini kita akan ukhuwwwah lebih hebat.

17. Jangan jauh dengan dengan ALLAH. Nabi bermunajat sungguh kepada ALLAH dalam perang Badar. Saidnina Abu Bakar kata cukuplah Rasulullah.

18. Pimpinan jangan tinggal Quran lebih dari 3 hari.

19. Kalau kita ahli rase berat ujian ni, pimpinan lebih berat. Presiden dan PJ lebih berat.

20. Sabar. Isbiru Wa Sabiru Wa Rabitu Wa Taqullah. dari 4 ini sabar yang pertama.

21. Ada yang kuat dan ada yang lemah dalam jamaah. Itulah tujuan jamaah. Umpama lidi. Lidi pendek untuk kuatkan ikatan, yang panjang sapu sampah.

22. Bunyanun Marsus. Komponan bangunan mesti bersama ketidak tak buleh buat apa2. Pasir, Semin, Air.

23. Jaga Ukhuwwah, Nikmat duduk dalam Jamaah lebih besar dari Nikmat adik beradik.

24. Apa sahaja perkara2 yang berkaitan jamaah mesti ambil bahagian walaupun sekadar susun kerusi. “‘Alaikum bil jamaah…”

25. Jangan gopoh buat keputusan besar. Isti’jaal. Tak bleh skali dua mesyuarat. Aisyah difitnah, 3bln baru Allah turunkan ayat bersihkan fitnah. Allah bgtau sbb lambatkan: Supaya Allah kenalkan siapa yang munafiq dan siapa yang mu’min. Aisyah Istri nabi, kalau ada fitnah kamu terus tolak je.

26. Mari fitnah kepada pimpinan tolak terus je. Delete je. tak mungkin presiden kita buat keputusan merugikan jamaah. Ada benda yg bleh bagi tahu, ada benda yang tak bleh bagitau.

27. Fitnah ni gelombang panjang. Kalau datang gelombang jangan kamu masuk dan lawan gelombang itu. hendaklah tunduk (sabar) kejap.