calon win

bismillah … lama sungguh ss xupdate blog ni.😉 sure ramai ushaa ushaa bila nk keluar pos baru? ehhehhe. jeng jeng.. insyaallah kembali berpencak mata pena dlm blog ni.

fasa demi fasa berlalu.. pindah rumah.. muktamar.. viva..edit thesis.. last..alhamdulillah. selesai😉 nantikan episod tesis masterku =)

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

📌KABINET PENUH DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA SESI 2015-2017

—————————-

Berikut adalah Kabinet Penuh Dewan Muslimat Malaysia untuk Sesi 2015-2017 :…

Ketua

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Timbalan Ketua

DR. ROSNI ADAM

Naib Ketua

PUAN SALAMIAH MOHD NOR

Setiausaha

PUAN KARTINI AHMAD

Penolong Setiausaha 1

PUAN NORHAFIZA FADZIL

Penolong Setiausaha 2

SAUDARI MARDHIAH HAYATI ZOLKEPLAI

Bendahari

DR. CHE FARIDAH ISMAIL

Ketua Penerangan

USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN

Pengarah Pilihanraya

PUAN NORAINI HUSSIN

Lajnah dan Jabatan

——————–

1. Lajnah Politik dan Pilihanraya

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan

DR. USTAZAH WAHIBAH TWAHIR

USTAZAH SITI MURSHIDAH RAMLY

3. Lajnah Dakwah

USTAZAH HAMIDAH HJ DAUD

4. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan

PUAN SALAMIAH MOHD NOR

5. Lajnah Penerangan dan Hubungan Media

USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN

6. Lajnah Pemerkasaan Parti

DR. ROSNI ADAM

7. Lajnah Ekonomi & Kewangan

PUAN HJH ATIAH AHMAD

8. Lajnah Pendidikan

USTAZAH NURUL HAFIZAH HJ MUSA

9. Lajnah Perpaduan Nasional

DR. NAJIHATUSSALEHAH AHMAD

10. Lajnah Pembangunan Keluarga

YB DATO SITI ASHAH GHAZALI

11. Lajnah Kebudayaan dan Kesenian

PUAN FAUZIAH BIDIN

12. Lajnah Pekerja dan Pengguna

PUAN NORMALA SUDIRMAN

13. Lajnah Antarabangsa

DR. AZIMAH IBRAHIM

14. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar

PUAN HUSNA HASHIM

15. Nusaibah

DR. ‘UYUN ABD MALEK

16. Ameerah

PUAN SITI FARAH MOHAMED

17. Briged Muslimat

SAUDARI NURI MUHAMMAD

18. Jabatan Pilihanraya

PUAN NORAINI HUSSIN

19. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

DR. HANI ALI

20. Jabatan Penyelidikan, Pembangunan dan Arkib

DR. WAN MASERI WAN MOHD

21. Jabatan Pembangunan Pelajar dan Mahasiswa

SAUDARI NUR ADIEYLA MUHAMMAD

22. Sekretariat Hal Ehwal Parlimen dan DUN

YB DR. HALIMAH ALI

23. Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

01. Barisan kepimpinan DMPP sesi 2015/17 yang telah pun diumumkan menampilkan kepelbagaian latar belakang pendidikan & profesion. Di antara 25 orang aktivis muslimat yang telah dipilih :

a. 27% adalah dari Asatizah (agamawan)

b. 33% adalah dikalangan professional (doktor falsafah, doktor perubatan & pengamal undang-undang)

c. 40% dari separa professional yang merupakan aktivis parti

02. Gandingan kepimpinan yang seimbang ini diharapkan dapat membawa DMPP ke arah masa depan politik yang lebih mencabar dan inklusif.

03. DMPP juga menonjolkan pakar motivasi dan empat muka baru Dr Wahibah menumpukan aspek tarbiyyah, Dr Wan Maseri mengendalikan bidang penyelidikan dan pembangunan, Dr Hani Ali bertanggungjawab bidang pengurusan IT sementara Dr Azimah bidang undang-undang dan perundangan Islam di mana mereka ini adalah merupakan doktor falsafah.

04. Gandingan lima orang doktor perubatan diharapkan dapat memberi khidmat dari sudut kesihatan, keluarga dan kemasyarakatan.

05. Lapan orang wanita muda akan memberi platform yang baik kepada golongan remaja untuk berpatisipasi sesuai dengan citarasa jiwa remaja.

06. DMPP akan meneruskan usaha-usaha mengarusperdanakan gerakan muslimat dalam menangani semua aspek yang melibatkan wanita terutama institusi keluarga, pendidikan, kemasyarakatan, politik dan ekonomi.

07. Kabinet kali ini juga mempunyai keseimbangan peringkat umur di mana:

a. 33% adalah berumur 26 -39 tahun

b. 30% berumur 40-49 tahun

c. 37% berumur 50 tahun ke atas

08. Gandingan kepimpinan dari pelbagai latarbelakang dan peringkat umur ini meletakkan DMPP sebagai wadah yang menghubungkan PAS dengan semua peringkat generasi terutama yang muda remaja seperti Gen-3, Gen-X dan Gen-Y.

09. DMPP melahirkan perasaan dukacita terhadap satu berita yang tidak bertanggungjawab dalam The Malaysian Insider (TMI) 30 Jun 2015 yang bertajuk “Wanita PAS “Buang” Golongan Progresif…”.

10. Berita ini tidak benar sama sekali. DMPP bersifat terbuka dengan menawarkan mantan ketua DMPM, YB Siti Zailah untuk bersama-sama kepimpinan baru dan menggerakkan DMPP menuju mercu.

11. Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga di atas usaha gigih dengan pencapaian yang memberangsangkan sepanjang kepimpinan YB Kak Lah.

12. Semoga Allah SWT menilai dan memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya sebagai bekalan menuju akhirat.