IMG_2295IMG_2286

raya 2016😉 meriah yeah! tahun ni raya kat perak…

sejak kawin 2010.. asek raya melaka je..hehe. 3 tahun berturut tu. tahun ke lps 2015 encik husband raya kt oversea..so beraya dgn mak kt kampung nenek di Melaka juga, tapi bukan rumah mertua. so, kali ni raya kami semua adik beradik di Perak.

gambar ats kami adik beradik..cuma tak dak dlm gmbr kakak sulung n abang no 2. yang lain cukup. 2 lg je bujang.😉 ni baru sikit anak sedara. kalau tambah anak kakak & abang yg xbalik tu.. haa penuh le muka dlm gmbr ni hihii

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat. Maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.” [Hadis Riwayat Tirmizi]
Menurut Imam al–Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al–Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Tidak terjadi hari kiamat dan sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi, masa semakin berdekatan (terasa singkat), banyak terjadi fitnah, dan banyak pembunuhan” (HR. Al-Bukhari no.1036)
tumblr_myb28zhVqv1s2fhxqo1_1280