IMG_1639

No matter what happens, some memories can never be replaced kan?

pejam celik kejap masa berlalu..pelbagai fasa tahap peringkat cerita bab episod babak tragis sedis sayu pilu hampa terus berputar membuat pusingan alam. lakaran demi lakaran dilihat ditatap..ohh, ya ALlah moga KAU pegang erat hati-hati kami agar kami sentiasa igt dan berpegang teguh dgn tali-taliMu ya Allah!

sungguh taman hati kita akan diuji, terus uji, disentap, direntap, diikat, dirantai digenggam tak kurang juga diasak dihayun dilambung dikipas segala bagai kan? namun, DIA juga Maha Tahu, DIA juga Maha Melihat apa yg telah berlaku.. ALlah..Allah ALlah..

budak jemaah, budak kampus, amir amirah, mas’ul mas’ulah, muraabi..budak dakwah, budak siasah..mcm-mcm gelaran lagi..tapi kalau tersasar tertimpa terjatuh terasa dek hati lantas mengalih haluan..amat rugilah segala title jaguh wira segunung tinggi pun ke arah lencongan itu destinasi akhirnya..huhu ;(

jom doa sama-sama agar sahabat teman kawan sedara mara ustaz ustazah para cerdik pandai yg dahulu ke metg tumpang sekali, program sana-sini, makan tido usrah rehlah konvoi sama-sama..pagi-ptg-mlm metg, cari dana sana-sini, dan mcm-mcm lagi… moga kembali bersama pimpin tangan pegang erat bagi meneruskan perjuangan yang masih berbaki..masih tertunggak, masih dahagakan keringat idea ilham kalian teman-temanku.

semoga ALlah pimpin tangan-tangan kami lagi.. ameenn😉 sob.sob

IMG_1665