bismillah.. moga ALlah terus titipkan ketenangan serta kekuatan di kala segala makhluk alam sedang nyenyak tidoq hehe.

nk share sikit research n kongsi ilmu pglmn bab keje sukerela.. baca dulu slide ni, nanti boleh tambh lg input soon insyaallah.

ug.1 ug2

  • Kajian ini mempunyai beberapa objektif kajian seperti berikut:
  • ´ Mengenalpasti jenis aktiviti sukarela yang menjadi pilihan utama di kalangan Generasi Y.
  • ´ Mengenalpasti faktor tolakan dan faktor tarikan (pull factor) yang dominan, mendorong Generasi Y melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.
  • PERSOALAN KAJIAN
  • Persoalan apakah faktor-faktor pendorong yang menarik Generasi Y untuk terlibat dalam aktiviti sukarela, merupakan suatu perkembangan yang sangat menarik dikaji. Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan seperti berikut :
  • ´ Apakah jenis aktiviti pembabitan  Generasi Y dalam aktiviti sukarela yang popular?
  • ´ Apakah faktor-faktor tolakan dan tarikan yang utama, mendorong Generasi Y menyertai aktiviti sukarelawan?

´Generasi Y atau Gen Y atau ‘Generasi Millenium’ merujuk kepada kelompok generasi manusia yang lahir sekitar tahun 1997 hingga 1998, Cordrington & Marshall (2005), iaitu sekitar golongan yang berumur 14 hingga 35 tahun. Manakala menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia (2010), Generasi Y adalah kelompok umur 14 hingga 34 tahun iaitu yang lahir pada tahun 1977 hingga 1997.

´Manakala mengikut definisi daripada pihak Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2013), Generasi Y adalah yang berumur 21 hingga 30 tahun. Penyelidik mengambil ketetapan untuk menggunapakai definisi daripada IPPBM untuk keseluruhan kajian ini iaitu Generasi Y adalah yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun.

faktor push n pull? nanti lah sambung lenkali😉

anda salah seorang sukarelawan? program apa yg suke join? ngo ape?

IMG_8614tbc- to be confirm, to be continue lah.. (“,)