´Menurut Saifuddin Abdullah (2011) terdapat empat bentuk kerja atau program kesukarelaan, iaitu: bantuan kendiri (self-help atau mutual aid), kedermawanan (philanthropy) atau bakti pada orang lain, partisipasi atau kegiatan sivik, dan advokasi atau berkempen.

´Pandangan yang lain pula dinyatakan oleh Turiman Suandi (2006),  jenis-jenis aktiviti sukarela yang antaranya yang pertama adalah aktiviti khidmat seperti mengurangkan kesengsaraan, kesusahan seseorang dan untuk memajukan kualiti hidup mereka yang dikenalpasti sebagai memerlukan khidmat tersebut, kedua aktiviti bantu kendiri bertujuan untuk pemajuan mereka yang berkongsi minat, perspektif dan pengalaman kehidupan yang sama atau serupa dan jenis aktiviti ketiga pula ialah akar umbi bertujuan untuk penjelasan dan minat serta kepentingan masyarakat pada peringkat sosio-politik tempatan.

´Menurut Nur Raihan Che Nawi (2013) terdapat lapan jenis aktiviti sukarela iaitu pertama bersifat keagamaan, kedua bersifat pembangunan belia, ketiga bersifat perkhidmatan komuniti dan sosial, keempat bersifat kebudayaan, kesenian dan pendidikan, kelima bersifat kesihatan, kajian kesihatan awam, keenam keselamatan awam dan sivik, ketujuh bersifat aktiviti penyokong dan akhir sekali kelapan bersifat sukan dan hobi.

utk kajian tesis yg dh dibuat ni, ss guna 8 jenis aktiviti di atas -Nur Raihan Che Nawi. siapa nk cth soalan.. boleh comment sini ya! say nak! drop email😉

okeylah.. smbung cite lain pulak.😉 moga ada manfaat utk input ni. road to master….dlm proses pembikinan soon!

IMG_9910

IMG_9909