14 Pesanan Buat Ahli PAS – Ustaz Idris Ahmad

  1. Aktifkan program tarbiyah untuk diri sendiri, seperti zikir, istighfar, solat sunat dsb. Tidak semestinya anjuran cawangan atau kawasan.

  2. Dakwah fardiah. Buat dakwah secara “1 by 1”. Ajak dia minum, sembang dahulu bab yang dia minat, kemudian perlahan-lahan ajak kepada Islam dan perjuangan Islam.

3. Hadir mesyuarat. Mesyuarat penting bagi membentuk buah fikiran, keputusan dan halatuju gerak kerja.

4. Bayar yuran tahunan.

5. Beri masa untuk jemaah PAS.

6. Jaga nama baik jemaah, jangan disebabkan akhlak buruk kita terpalit kesannya pada PAS.

7. Beli HARAKAH. Harakah dicetak untuk ahli-ahli PAS, maka ahli PAS mesti melanggan harakah sebagai sumber premier lidah rasmi PAS. Ini juga sebagai infak kepada PAS.

8. Hidupkan usrah cawangan. Usrah sebagai medium pertemuan ahli jemaah untuk berukhuwah, berbincang isu semasa dan membina kefahaman.

9. Rapat dengan MASJID, bina ruh Islam dalam diri.

10. Daftar ahli keluarga sebagai ahli PAS.

11. Hadiri ceramah PAS untuk mendapat info yang ‘fresh’ dan bersifat ‘first hand’.

12. Pertahan PAS di media sosial. Serangan banyak datang dari arah ini. Media sosial senjata utama abad ke-21. Downloadlah facebook, daftarlah whatsapp dan telegram.

13. Sumbanglah untuk PAS. Azam sebulan sekurang-kurangnya RM10, carilah sumbangan-sumbangan lain bagi membantu gerak kerja dakwah, tarbiyah dan siasah.

14. Anak-anak yang Muslimin sertailah Jabatan Amal, manakala anak-anak yang Muslimat ikutilah Nisa’. Banyakkan program amal kebajikan diwaktu diri masih gagah.
Catatan:
Mohamad Hakimi Bin Mohamed Salleh

#notaharaki

Follow facebook DMPM
https://www.facebook.com/dmppusat
.
Follow website DMPM
http://muslimat.pas.org.my
.
Follow twitter DMPM
www.twitter.com/twitDMPM
.
Follow instagram DMPM
instagram.com/muslimatpas
.
🚀 Sebarkan seluas-luasnya….

 

15032154_1193923787353056_1796624954510981662_n