Dewan Muslimat PAS Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Sukan Muslimat dengan tema Kecekalan Muslimat Teras Pembangunan Ummah, sempena sambutan 65 Tahun PAS pada 19 November 2016 ini di Padang Bola Jaring SUK, Seksyen 5 Shah Alam, Selangor.

Objektif Kejohanan ini adalah untuk mengajak kaum wanita agar aktif dalam bersukan, memberikan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalinkan ikatan silaturrahim yang erat sesama muslimat/ wanita.

Sebanyak 14 pasukan mewakili seluruh negeri akan berentap dan bersaing bagi merebut Piala Ketua Muslimat. Kejohanan ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur termasuk golongan remaja, belia, dan dewasa.

Rasulullah (SAW) bersabda; “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).”

Semoga semangat kesukanan ini dapat dikekalkan dengan harapan semua peserta dapat menjaga batasan aurat dan akhlak sepanjang kejohanan berlangsung.

Nantikan suasana meriah serta aksi yang mendebarkan daripada seluruh pasukan yang akan bertanding.

Selamat bersukan!

Sekretariat Kejohanan Bola Jaring
Piala Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 2016

 

boling