Sempena Sambutan 65 Tahun PAS, Dewan Muslimat PAS Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Sukan Muslimat dengan tema Kecekalan Muslimat Teras Pembangunan Ummah.

Kejohanan Bowling ini julung kalinya diadakan akan berlangsung pada 19 November 2016 bertempat di Brem Mall Kepong. Penyertaan adalah melibatkan 14 buah pasukan dari seluruh negeri yang akan berentap pada hari Sabtu ini.

Antara objektif kejohanan adalah mengeratkan ukhuwwah antara peserta dan penganjur, memberikan kesedaran perihal kepentingan menjaga kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat. Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya agar menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Nantikan aksi serta semangat kesukanan daripada seluruh pasukan yang akan bertanding.

Semua wanita dan anak muda remaja belia dijemput untuk hadir bersama-sama memberikan sokongan kepada peserta-peserta!

Sekretariat Kejohanan Bowling
Piala Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 2016

 

netball