*SEMINAR BAITUL HARAKI*
Kertas Kerja : Keluarga Haraki Asas Kekuatan Gerakan Islam by Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

*_Pembentukan Rumahtangga Pejuang_*

Dari Ma’qil bin Yaasar berkata, Rasulullah s.a.w pernah bersabda :-

‎تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم
“Kahwinilah wanita yg penyayang dan melahirkan maka sesungguhnya aku bergembira dengan ramainya ummat.” (Riwayat Abi Daud)

Rasulullah s.a.w turut menggariskan pedoman asas pembentukan sebuah rumah tangga yang diredhai dan diberkati Allah: –

‎تنكح المرأة لأربع: لما لها و لحسبها ولجمالها ولدينها: فاظفر بذات الدين تربت يداك

“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara: kerna hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan kerna agamanya, maka pilihlah yg beragama lantaran ia akan membahagiakanmu.” (Muttafaqun A’laihi)

Ulama’ membahaskan bahawa hadis diatas juga terpakai kepada para wanita sebagai kriteria kepada spesifikasi lelaki yang perlu dicari oleh mereka, tidak tertakluk hanya kepada lelaki dalam memilih wanita yang ingin dinikahinya.
Pembinaan rumah tangga mestilah:-

1. *bertiangkan taqwa kepada Allah*,
2. *berlantaikan syariat* ,
3. *beratapkan ilmu*,
4. *berdindingkan syiar*,
5. *bertanggakan Akhlaq Islam*.
Bagi Abnaul Harakah, seri kepada rumahtangga haraki:-

1. *thiqah antara satu sama lain*
2. *kasih sayang yang senantiasa mekar*
3. *semaian cinta kerna Allah s.w.t*
Moto pembentukan rumahtangga abnaul harakah:-
1. *Sakinah*( _tenang_)
2. *Mawaddah* ( _cinta_)
3. *Rahmah* ( _kasih_)

Berdasarkan firmanNya:

‎وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

(AlRuum: 21) .
Objektif “Baiti Jannati” :-

1. Mendirikan rumah tangga *Atas dasar taqwa* dan *Kesinambungan perjuangan* serta *Dakwah Islamiyah*.

2. Hiasi rumahtangga dengan Bi’ah Solehah.

3. Mengisi rumahtangga dengan *Pengisian ruhani*, *fikriyah*, dan *syakhsiah* berteraskan Islam.

4. Rumah tangga sebagai *Markaz Dakwah* yang merencana orientasi dan gerak kerja melalui perbincangan dan penglibatan bersama seisi keluarga dalam arena dakwah.

5. *Mewujudkan budaya Tanasuh dan Tafahum* dalam mendepani apa jua situasi rumahtangga.

6. *Melaksanakan Tanggungjawab dan tunaikan hak isi keluarga*

7. *Menanggani permasalahan rumahtangga yang melanda secara matang dan harmoni.*

8. *Sangka Baik* dengan pasangan.

9. *Menguruskan ekonomi* dengan berhemah dan *merancang kebahagiaan* seiisi keluarga.

10. *Melibatkan diri dengan Amal jamaie* dan *Amal Ijtimaie*.

#baitulharaki
#baitulmuslim

Follow facebook DMPM
https://www.facebook.com/dmppusat
.
Follow website DMPM
http://muslimat.pas.org.my
.
Follow twitter DMPM
www.twitter.com/twitDMPM
.
Follow instagram DMPM
instagram.com/muslimatpas
.
🚀 Sebarkan seluas-luasnya….

 

15036174_1193921380686630_6325609259386336163_n