Muslimat perlu AKIFI

  1. Jadilah muslimat yang A’lim

– sibukkanlah dirimu wahai muslimat dengan mencari ilmu walaupun kamu telah bergelar pimpinan. Jangan jadikan alasan bahawa kamu telah menjadi pimpinan, tak perlu untuk hadir ke usrah, liqa atau kuliah-kuliah ilmu.

2. Jadilah muslimat yang haraki
– jadilah muslimat yang melibatkan diri secara sepenuhnya dalam harakah. Antara tugasan muslimat adalah menjadi isteri, dalam kerjaya dan ahli harakah. Yang manakah tugasan yang paling utama? Jawapannya adalah tugasan sebagai ahli harakah kerana tugasan kita sebagai ahli harakah adalah WAJIB, seterusnya akan menyusul dengan itu tugasan kita sebagai seorang isteri dan tugasan yang paling terkebelakang adalah kerjaya kerana kerjaya adalah perkara yg TIDAK WAJIB. Oleh itu, jika kita melebihkan kerjaya sehingga tidak menjalankan tanggungjwb yang WAJIB iaitu sebagai ahli harakah, maka, bersedialah untuk menjawab depan Allah.

3. Jadilah muslimat yang sufi
– carilah jalan untuk mendekatkan diri pada Allah. Dalam satu hari, cuba cari waktu utk berduaan dengan Allah.

Nota buat muslimat tersayang

Jangan pernah sebut kita tiada masa, terlampau banyak jawatan dan tiada duit, kerana nnti Allah akan tarik nikmatNYA sedikit demi sedikit.

Percayalah. Berkat duduk dlm jemaah ni sangat banyak. Allah akan melapangkan rezeki kamu, masa kamu, memberi kasih sayang antara suami isteri jika niat kita betul untuk menjalankan tanggungjawab dalam memastikan hukum Allah tertegak di atas muka bumi.

Suami dan isteri perlu sama-sama bergerak aktif dalam gerakan jemaah kerana inshaa Allah, Allah akan melapangkan segala urusan kamu. Pasangan suami isteri perlu saling tolong menolong.

Jangan putus untuk terus berdoa pada Allah agar diutuhkan hubungan suami isteri yang istiqamah dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi

Bait kata 2 tokoh hebat muslimat PAS
Pn. Noraini Hussin dan Pn. Norzaihan Ismail

#notaharaki

IMG_1665