“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” [ At Taubah : 41 ]

Dewan Muslimat PAS Malaysia buat julung-julung kalinya melalui sayap muslimat muda iaitu gabungan Ameerah, Briged dan Nusaibah akan menganjurkan satu himpunan khusus untuk mengumpulkan jentera muslimat muda seluruh negara pada 21 Januari 2017 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Himpunan ini akan dirasmikan sendiri oleh YAB Presiden Parti Islam Se-Malaysia Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

Himpunan selama satu hari ini adalah bertujuan untuk;
1. Mengumpulkan tenaga muslimat muda bagi memberi kefahaman tentang agenda muslimat PAS untuk istiqamah dalam gerakerja siasah melalui medan tarbiyyah, dakwah dan kebajikan.
2. Menyatukan fikrah muslimat muda melalui pengisian minda dan rohani
3. Mengetengahkan ikon-ikon muslimat muda PAS

Justeru, seruan ini ditujukan khas buat Muslimat Muda PAS tidak kira walau di mana jua kalian berada.

Mari sama-sama menyahut semboyan jihad demi kemenangan Islam khususnya kepada PAS pada PRU-14 nanti.

Semoga Himpunan ini mendapat limpah rahmat kasih sayang Allah hendaknya.

testhmm5k.jpg

[ HIMPUNAN MUSLIMAT MUDA PAS 5K ]

“Pengorbanan Muslimat dalam perjuangan Islam akan mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Hanya Muslimat yang lulus ujian; tidak kedekut masa dan harta untuk kemenangan Islam akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah”

Like FB Page Himpunan Muslimat Muda;
https://www.facebook.com/hmm5k