16406477_616854411835757_4703869898783872569_n.jpg

‘Profile Picture’ Rasmi
MAHASISWA TURUN HIMPUNAN 355

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyokong penuh usaha yang telah dijalankan oleh Sekretariat H355 dalam menghimpunkan seluruh umat Islam di negara Malaysia bagi sama-sama bersolidariti sebagai tanda persepakatan ke arah usaha memartabatkan undang-undang syariah Islam.

Sokongan yang jitu dari kelompok mahasiswa adalah penting sebagai satu petanda bahawa golongan muda juga turut merasai keperluan undang-undang syariah Islam sepertimana yang dicitrakan oleh agama.

Justeru itu, GAMIS ingin mengajak sahabat-sahabat dari kalangan mahasiswa untuk kita sama-sama turun bersolidariti ke Himpunan 355 pada 18 Februari ini, bertempat di Dataran Merdeka.
Ayuh, kita nyatakan sokongan !

G.A.M.I.S. [Official]

“Melangkah Bersama Islam”
“Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera”

_______

Jom Sertai Himpunan 355 18 Feb Nanti!
Daftar sukarelawan di: http://h355.my/daftarsukarelawan/

Dapatkan maklumat rasmi #H355 di:
1. Facebook : fb.com/Himpunan355
2. Instagram : instagram.com/Himpunan355
3. Twitter : twitter.com/Himpunan355
4. Telegram : tlgrm.me/Himpunan355
5. Telegram : tlgrm.me/GroupHimpunan355

 

Advertisements