| Rumahtangga Muslim, Rumahtangga Dakwah, Rumahtangga Perjuangan

Mendirikan rumahtangga adalah impian semua orang, namun bagi seorang pejuang Islam ianya bukan sekadar sebuah impian apatah lagi untuk melempiaskan sebuah keinginan namun matlamatnya lebih jauh daripada itu adalah untuk merealisasikan sunnah Rasulullah SAW.

Rumahtangga haraki sangat berbeza ‘patternnya’ dengan rumahtangga biasa. Ianya sebuah rumah yang bertanggakan perjuangan Islam. Orientasinya adalah perjuangan islam. Bi’ahnya juga adalah perjuangan Islam. Maka matlamat pembentukan keluarga haraki, objektif dan halatujunya juga adalah berpaksikan perjuangan Islam.

Bermakna suami, isteri dan anak-anak mesti mempunyai penglibatan dengan gerakan Islam berasaskan fiqh perjuangan (jihad). Bukan hanya suami yang ke hulu ke hilir berdakwah dan berjuang menegakkan Islam namun isteri malah sebaliknya.

‘Ala kulli hal, kejayaan dlm pembentukan baitul haraki ini diukur sejauhmana keikhlasan kita untuk mencapai objektifnya. Manifestasi daripada 3 matlamat utama dalam pembentukan institusi rumahtangga Islam yang telah digariskan oleh Allah SWT dlm surah Ar-Ruum ayat ke 21 adalah sakinah (ketenangan), mawaddah (cinta) dan yang terakhir mencapai maqam yang lebih tinggi adalah rahmah (kasih).

Moga Allah SWT menganugerahkan kepada kita sebuah rumahtangga yang memberi manfaat besar kepada perjuangan Islam dan menghadiahkan kegembiraan kepada baginda Nabi SAW di akhirat kelak 🙂

Wakafa Billahi Syahida ~

Kredit : Iffah Muqri’ah.

17103731_1349515928460507_1431108182010045556_n.jpg

Advertisements