Kisah sedih hilangnya Profesor PAS yang komited lagi istiqamah 😭😭😭

Perginya Allahyarham Prof. Dr. Khazani Ikon Pejuang Istiqamah

Hari ini 20 Mei 2017 jemaah mendapat perkhabaran sedih dengan kehilangan Pengarah Institut Strategi PAS (ISP), Dr. Khazani Abdullah. Beliau merupakan seorang amilin yang istiqamah meneruskan perjuangan parti.

Allahyarham adalah tulang belakang dalam perbincangan Roadmap PAS dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang baru sahaja diperkenalkan Tuan Guru Presiden PAS pada sesi muktamar awal bulan lalu.

Anak jati Terengganu itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dari University of Missuori, Rolla, USA pada tahun 1990 dan 1993. Manakala, memperoleh PhD dari Universiti Malaya pada tahun 1999.

Pelbagai kejayaan dan anugerah diraih allahyarham sepanjang 31 tahun sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham Prof. Dr Khazani pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Saintis Muda Malaysia pada tahun 2001.

Sungguh sumbangan beliau selaku jurutera Parti Islam Se-Malaysia cukup besar. Tiada apa yang mampu membalas jasa beliau melainkan Allah S.W.T memuliakan beliau disisiNya.

Kami dari Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga tabah menghadapi pemergian ini. 

Ayuh sahabat-sahabat seperjuangan, marilah sama-sama kita jadikan allahyarham sebagai ikon pejuang. Teruskan sumbangan kalian dalam apa jua bidang sehingga ke nafas terakhir. 

“Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita kembali, ya Allah berikanlah pahala atas musibahmu dan gantilah dengan yang lebih baik”. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Al-Fatihah

USTAZAH NURIDAH SALLEH

Ketua,

Dewan Muslimat PAS Malaysia

23 Syaaban 1438H

20 Mei 2017

https://www.pas.org.my/kenyataan-ketua-dmpm/11524-perginya-allahyarham-prof-dr-khazani-ikon-pejuang-istiqamah

Advertisements