Ramadhan Al-Mubarak 1438H

  1. Pada kesempatan ini, pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 1438H kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Alhamdulillah kita masih diizinkan oleh Allah untuk bertemu dan bakal menikmati bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat pada kali ini.

  2. Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam kerana ia merupakan bulan yang penuh rahmat dan keampunan.

Di samping itu, bulan Ramadhan bukan sahaja bulan untuk kita merayakan pesta ibadah, tetapi ia turut menjadi medan untuk kita melatih diri menjadi hamba yang bertaqwa.

Firman Allah S.W.T : 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.

(Surah Al-Baqarah : 183)

  1. Bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk kita mencari alasan berlesuan dan tidak bersemangat dalam kerja seharian masing-masing. 

  2. Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam pernah memenangi peperangan pada bulan Ramadhan walaupun jumlahnya kecil iaitu hanya seramai 313 orang. Kisah tersebut dapat kita singkap melalui kisah Perang Badar. Ini menunjukkan umat Islam sentiasa bersemangat berjuang untuk mendapatkan redha Allah walaupun dalam bulan Ramadhan.

  3. Oleh yang demikian, rebutlah peluang yang ada pada bulan Ramadhan ini untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT. Semoga ibadah yang dilaksanakan membuahkan rasa ikhlas dan mendapat nilaian di sisi Allah. Jalanilah bulan Ramadhan dengan penuh rasa kehambaan dan diberi peluang oleh Allah untuk merasai fasa rahmat, keampunan dan perlepasan dari api neraka.

  4. Akhir kata, beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam. Semoga Ramadhan ini merupakan titik tolak kepada kita semua untuk berubah kepada lebih baik dari sebelumnya.

“Ramadhan Kareem”

“Muslimat Memacu Kemenangan@


USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

28 Syaaban 1438H

25 Mei 2017
#ramadhankareem

#syokpuasa
✅ Follow instagram DMPM

instagram.com/muslimatpas

.

🚀 Sebarkan seluas-luasnya….
✅ LIKE & SHARE facebook DMPM

https://www.facebook.com/dmppusat

.

https://www.pas.org.my/kenyataan-ketua-dmpm-2017-2019/11611-ramadhan-al-mubarak-1438h

Advertisements