Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1438H, 

Ketua Pengarah APSA, DMPM

‎اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.” (Surah Al Baqarah : 185)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

“Supaya agama ini zahir, menang mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin” (Surah As Saff : 9)

Madrasah Ramadhan melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT insyaallah. Penanda aras kejayaan tarbiyah yang dilalui di dalam Madrasah Ramadan sepanjang sebulan ini adalah ketakwaan selepas keluar dari bulan ini.

Hari Raya Eidulfitri tanda kemenangan umat Islam setelah menempuh tarbiyyah Ramadhan. Semoga segala amalan kebaikan diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran yang berganda kepada hambaNya. 

Pada kesempatan ini, saya selaku Ketua Pengarah Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) mengambil kesempatan mengucapkan Salam Eidulfitri, maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira walau di mana berada. Jadikan hari lebaran ini hari untuk kita mensyukuri segala nikmat dan rahmatNya, rapatkan silaturrahim serta banyakkan bersedekah di bulan mulia ini.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama mengakhiri Ramadhan ini dengan memberikan sumbangan infaq fi sabil ilahi dalam usaha pendidikan muslimah di APSA ini. Sumbangan boleh disalurkan ke : 
🏦 Maybank: 56402 5400 959

       Bank Islam: 1416 20100 15352
Nama Akaun: Saidatina Aishah Consultancy & Services
Ayuh bersama jadikan amalan di bulan Ramadhan yang lepas sebagai momentum untuk terus melakukan ibadat sepanjang zaman. 

‎تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Maaf Zahir Batin
Dr Ustazah Uswah Hj Twahir

Ketua Pengarah

Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA)

Advertisements